TOYOTA HIACE ULANGTAHUN KE-50. VAN PREMIUM SETARAF VELLFIRE
Hiace ialah salah satu produk minivan Toyota yang paling berjaya di dunia. Jika anda biasa ke pusat peranginan di Thailand seperti Phuket, Krabi, Pattaya atau Koh Smui, Hiace (commuter) merupakan van pelancongan wajib di sana. 11 daripada 10 van yang digunakan di sana ialah Toyota Hiace.
Ia sebuah van “komersial” yang dibina menggunakan platform ladder frame / body on frame dengan tujuan menjadikannya tahan lasak dan boleh digunakan di pelbagai permukaan jalanraya. Dari sebuah negara dengan aspal rata seperti Jepun, atau jalanraya berlubang di Afrika. Pendek kata Hiace umpama sebuah Hilux versi global untuk pasaran penumpang.
BACA: MODIFIKASI HIACE SIAM STYLE!
Ia adalah antara produk paling lama Toyota dalam pasaran. Mula diperkenalkan pada 1967 dan sasaran pasarannya tidak pernah berubah. komersial dan enjin pilihan petrol atau diesel. Dan walaupun sudah masuk pengeluaran ke tahun 50, Hiace cuma diperkenalkan dalam lima generasi. Tidak dinafikan, generasi H200 (kelima) merupakan yang paling berjaya.
Sempena menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-50, Toyota Jepun telah memperkenalkan Hiace 50th Edition.
Ia mungkin Hiace yang paling moden pernah dihasilkan oleh Toyota, dan tak lupa juga, paling mahal bagi sebuah van yang dibina di atas pelantar komersial.
Siri ini dijual pada harga ¥3,240,000 hingga ¥4,133,160 bergantung kepada aksesori. Ia seperti sama harga sebuah Toyota Vellfire 2.5 spesifikasi X hingga ZG.
Apa yang menjadikannya mahal?
Kerana ia dilengkapi hampir semua peralatan sofistikated. Tidak seperti versi biasa, siri 50th ini dilengkapi sepasang pintu berkuasa dan sistem penghidup tanpa kunci.
BACA: APAKAH BEZA MONOCOQUE DAN LADDER FRAME?
Ia juga didatangkan dengan Toyota Safety Sense yang menampilkan ciri brek automatik, lane departure warning dan lampu tinggi automatik untuk pandangan yang lebih jelas pada waktu malam.
Pembeli juga boleh memilih pacuan samada roda hadapan (2WD) atau pacuan empat roda sepenuh masa (4WD). Hanya diperkenalkan di Jepun, model ini turut didatangkan dengan enjin petrol dan juga disel.
Kemasan lain termasuklah kemaskini bahagian dalamannya yang menggunakan kerusi kapten salutan kulit sintetik yang berwarna gelap yang diintegrasikan dengan kemasan kayu mahogani pada bahagian papan pemuka, roda stereng, tuil gear dan panel pintu.
Kesemua model ini didatangkan dengan lampu hadapan LED dengan kemasan Hitam Ivory. Sebagai menandakan ianya versi istimewa, lencana “50th Aniversary” dipasangkan pada bahagian panel badan sisi.
Menarik kan?
Mungkin ramai yang tertanya adakah ia akan masuk ke Malaysia?
BACA: HIACE H200 MALAYSIAN SYTLE!
Mengikut pandangan kami, kemungkinan besarnya tidak. Van premium begini sudah tidak lagi berharga sebuah van. Ia berharga sebuah MPV mewah dan Malaysia bukanlah pasaran sesuai.
Malah sebenarnya ia susah dijual di luar Jepun pun. Hanya pembeli Jepun sahaja yang lazimnya menghargai keluaran sebegini.
Apapun. kita tunggulah half-cut nanti kalau-kalau masuk nanti!
GALERI