Buletin

INI SEBAB KENAPA KERAJAAN BATALKAN AES

Pada 17 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan bahawa semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjumlah 3.1 juta yang belum dibayar dibatalkan.

Pengumuman itu mencetuskan persoalan kenapa kerajaan bertindak sedemikian sedangkan saman tersebut bernilai RM435 juta. Ia melibatkan saman yang tidak dibayar sejak tahun 2012 hingga 31 Ogos 2018.

Memang ramai yang gembira dengan perkembangan ini. Malah ramai juga yang berpendapat ia tidak adil untuk pesalah yang sudah melunaskan bayaran saman. Selain ada yang menyatakan tindakan itu seakan-akan menggalakkan pemandu melanggar peraturan jalan raya.

Secara logiknya, memang betul juga keluhan rakyat ini. Biarpun begitu, kerajaan ada sebab kenapa ia bertindak sedemikian.

Hari ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menjelaskan kenapa kerajaan membatalkan saman AES sepenuhnya.

Sebab utama ialah kerana hasil saman AES tidak masuk ke dalam kantung kerajaan, sebaliknya menjadi milik dua syarikat konsesinya iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan ATES Sdn. Bhd.

BACA: 3.1 JUTA SAMAN AES DIBATALKAN – MENTERI PENGANGKUTAN

Perjanjian berat sebelah itu dipersetujui oleh kerajaan terdahulu pada tahun 2012. Berikutan pengurangan saman daripada RM300 kepada RM150, ia menyebabkan kerajaan terpaksa menyerahkan semua kutipan kepada pengendali konsesi.

Berdasarkan kepada perjanjian, terdapat dua peringkat (tier) bayaran. Tier pertama menyaksikan pengendali konsesi berhak menerima RM16 bagi setiap saman. Manakala Tier kedua ialah 50 peratus daripada nilai asal saman iaitu RM300.

“Jadi, tidak timbul persoalan kerajaan hilang sumber pendapatan jika membatalkan saman AES kerana kalau dikutip pun, kita tidak dapat hasil. Sejak 2012 hingga Mei lalu, lebih RM129 juta telah dibayar kepada dua syarikat ini,” kata Anthony Loke.

Pada tahun 2015, kerajaan mengarahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) supaya mengambil alih kedua-dua buah syarikat konsesi pada harga RM555 juta.

Perkembangan itu menyebabkan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa  supaya pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah menjalankan siasatan terperinci.

Mari kita tengok siapa yang kena…

Google ads
Back to top button