Artikel Pilihan

KERETA LUMBA F1 SEBENARNYA TIADA LAMPU BREK DI BELAKANG. YE KE?

Bagi kenderaan penumpang biasa yang digunakan di atas jalan raya, lampu brek adalah elemen yang penting dalam aspek keselamatan jalan raya. Lampu brek akan menyala setiap kali pedal brek ditekan bagi memberi isyarat pada kenderaan di belakang bahawa kenderaan di depan sedang memperlahankan kelajuan

Jika lampu brek tidak menyala, anda berisiko untuk disaman oleh pihak berkuasa. Jika anda selalu menonton siaran langsung perlumbaan F1, anda akan dapati jentera F1 dipasang dengan lampu berwarna merah yang berkelip-kelip pada waktu tertentu.

Lampu merah yang menyala tersebut bukanlah lampu brek walaupun ia menyala dan berkelip-kelip. Jentera F1 sebenarnya tidak memiliki lampu brek disebabkan jentera F1 dipecut dan dipandu dengan terlalu laju, jadi lampu brek sebenarnya tidak memberi manfaat pada jentera F1 selain memakan ruang yang sememangnya terhad.

Jika dipasang sekali pun, pemandu belakang belum tentu sempat membrek sekiranya dia sempat melihat lampu amaran brek yang sedang menyala. Jadi atas alsan inilah FIA tidak meletakkan peraturan pemasang lampu brek belakang pada jentera F1.

Jadi apa sebenarnya fungsi lampu merah yang menyala dan berkelip kelip ini? Sebenarnya ada 2 fungsi utama lampu ini ialah:

1. Amaran kepada pemandu di belakang yang jentera sedang melakukan proses pemulihan tenaga dan menjadi perlahan sedikit – ya enjin yang digunakan oleh F1 sebenarnya memiliki kecekapan haba sehingga 50%. Kebanyakan tenaga haba akan dikitar semula dalam sistem MGUH (heat) dan MGUK (kinetic)

Haba daripada ekzos ini akan dikitar dan ditukar kepada tenaga kinetik untuk menggerakkan sistem turbo atau menjana sistem bateri hibrid. Ketika proses ini berlaku, jentera F1 mungkin akan menjadi sedikit perlahan dan lampu di belakang akan menyala dan berkelip menandakan sistem sedang berfungsi serta memberi amaran bahawa jentera akan menjadi perlahan sedikit.

Atas sebab berjaga-jaga, pemandu belakang boleh berjaga-jaga atau mengambil peluang ini untuk memintas.

2. Membantu ketika jarak penglihatan berkurang – lampu ini akan sentiasa menyala jika cuaca menjadi semakin teruk akibat hujan dan juga kabus. Lampu ini akan memberitahu bahawa terdapat sebuah jentera F1 di depan mereka bagi membantu mereka mengelakkan daripada kemalangan.

FIA membenarkan aktiviti perlumbaan diteruskan dalam keadaan cuaca dan penglihatan yang terhad, jadi kehadiran lampu ini membantu dalam aspek keselamatan

Tahukah anda bahawa lampu yang berkelip-kelip akan membuatkan otak kita lebih peka berbanding dengan lampu yang sentiasa menyala?

Google ads
Back to top button