Buletin

KERETA MILIK WARGA EMAS DIBAKAR KERANA JADI PENYOKONG TEGAR DONALD TRUMP

Seorang wanita berusia 65 tahun dari Philadelphia memberitahu dia kini hidup dalam ketakutan selepas keretanya dibakar.

Laurie Livingston menerima nasib malang itu kerana menjadi penyokong tegar Presiden Donald Trump. Lebih memburukkan keadaan, dia meletakkan sekeping kadbod gambar Trump di tempat duduk penumpang hadapan.

Menurut Livingston, sebelum ini kereta Chevrolet Cavalier tahun 2003 miliknya itu pernah menjadi sasaran vandalisma.

Kini, dia semakin takut untuk keluar rumah. Jika hendak sekalipun, dia sudah tiada kenderaan untuk berbuat demikian.

“Saya letak gambar Donald Trump dan saya tidak peduli. Saya undi beliau dan saya ada hak untuk nyatakan apa sahaja. Kemudian kereta saya meletup dan terbakar jam 3.00 pagi tadi,” kata Livingston.  

Pasukan polis yang menyiasat kes ini dikatakan berdepan kesukaran kerana tiada jiran yang ingin memberi maklumat, mereka takut menjadi sasaran balas dendam.

Google ads
Back to top button