Stail

BERGAYA DENGAN TISSOT T-RACE MOTOGP 2019 QUARTZ CHRONOGRAPH EDISI TERHAD

Jenama jam tangan terkenal Switzerland, Tissot baru-baru ini mengadakan pameran koleksi Tissot 2019 di pusat membeli-belah Suria KLCC. 

Berlangsung dari 5 hingga 11 Mac lalu, pameran itu tebuka kepada orang awam dan membolehkan peminat jam tangan untuk melihat koleksi terkini Tissot dengan lebih dekat. 

Koleksi 2019 yang dipamerkan termasuklah Tissot Gentleman Automatic untuk lelaki aktif, jam poket Tissot Savonnette Mechanical, Tissot PR 100 Sport Chic Chronograph Lady dan Tissot T-Touch Expert Solar II Swiss Edition yang dilengkapi skrin sentuh, jangka hayat bateri lebih lama serta multi-fungsi. 

Namun, apa yang menarik perhatian saya pastinya Tissot T-Race MotoGP 2019 Quartz Chronograph Limited Edition.

Disifatkan sebagai edisi terhad yang paling maskulin setakat ini. Jam tangan ini mempunyai dimensi 43mm x 12.7mm bersama bekas yang diperbuat daripada besi tahan karat dengan warna rose gold. 

Bagi membawakan ‘tema’ MotoGP, jam tangan itu dilindungi oleh gegelung gentian kaca di sekeliling parameternya. Bezel pula direka agar kelihatan seperti cakera brek ventilasi. Bahagian belakang pula diletak logo Tissot dan MotoGp. 

Dilengkapi pergerakan ETA G10 Quartz Chronograph, ia boleh menahan air sehingga kedalaman 100m. Terhad kepada 8,888 unit sahaja, jam tangan itu didatangkan bersama kotak sepert topi keledar motocross yang cukup menarik. 

Merujuk kepada laman web A Blog to Watch, Tissot T-Race MotoGP 2019 Quartz Chronograph Limited Edition ditawarkan pada harga sekitar RM3,000 seutas. 

GALERI

Google ads
Check Also
Close
Back to top button