Artikel Pilihan

KERETA RAKYAT SEPANJANG ZAMAN. JUALAN BERJUTA UNIT

Ketika dunia automotif mula melonjak naik, ia sebenarnya mengubah cara manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain yang sebelum ini bergantung pada kuda dan kereta kuda untuk mengembara. Tapi ketika itu, kejuruteraan automotif masih di peringkat pembangunan dan tidak boleh diharap sangat. Pemilik perlu membeli kereta dan mengupah mekanik untuk menjaga kereta mereka

Contoh seperti kereta rakyat ialah Proton Saga, Perodua Kancil, Toyota Avanza bagi pasaran Indonesia dan juga trak pikap bagi pasaran Thailand. Jadi hari ini kita akan lihat kereta rakyat yang memang direka untuk satu tujuan sahaja, bergerak dari poin A ke poin B.

1. Ford Model T – merupakan model pertama yang dihasilkan dengan konsep 1 piece flow, atau dalam istilah lain kereta dipasang di atas conveyor belt yang bergerak. Pekerja hanya fokus melakukan 1 kerja sahaja. Keadaan ini mewujudkan kecekapan dalam produksi kilang dan kereta dijual murah.

Model T pula direka dengan ringkas dan lasak, menjadikannya pilihan utama ketika dilancarkan pada tahun 1908. Model T dijadikan pelbagai varian termasuklah dijadikan trak. Pada tahun 1927, Model T dijual pada harga USD 365 dollar sahaja. Sebanyak 14.6 juta unit Model T dijual di seluruh dunia.

2. Morris Mini – Britain merupakan negara pulau, dan mereka bergantung kepada petroleum import untuk kegunaan bahan api. Apabila krisis Terusan Suez berlaku, import minyak ke Britain tersekat dan harga minyak naik mendadak. Solusinya ialah bina sebuah kereta kompak/mini, muat untuk 4 orang, ada ruang kargo dan enjin pacuan depan.

Ia merupakan kereta pertama di dunia yang menggunakan pacuan depan dihasilkan secara besar-besaran untuk pasaran terbuka. Dengan harga pengenalan sekitar 600 pound ketika mula diperkenalkan, ia menjadi sangat popular di Eropah sehingga 5 juta unit dihasilkan.

3. Volkswagen Beetle – kereta ini sebenarnya diilhamkan oleh Adolf Hitler sebagai sebuah kereta rakyat dan Ferdinand Porsche diarahkan untuk membina sebuah prototaip seperti yang dikehendaki. Selepas perang berakhir, kilang asalnya berada di bawah kawalan phak British

Mereka mendapati kilang ini boleh memacu semula ekonomi Jerman yang musnah akibat perang dan dengan bantuan Royal Army Electrical & Mechanical Engineer untuk memulihkan fasiliti kilang ini. Sebanyak 22 juta unit kereta ini dihasilkan apabila model terakhir keluar dari kilang pada tahun 2019.

4. Toyota Corolla -sama seperti Beetle, kerajaan Jepun telah merangka beberapa polisi bagi menggalakkan pengeluar kereta menghasilkan kereta mampu milik untuk rakyat Jepun dalam usaha memacu ekonomi dengan pantas selepas perang berakhir. Toyota menjawab cabaran tersebut dengan menghasilkan model Corolla.

Kereta ni dihasilkan sehingga 12 generasi yang merangkumi pelbagai varian dan juga rekaan badan seperti sedan, wagon dan juga hatchback. Antara asas falsafah rekaan Corolla ialah ia mestilah tahan lasak dan boleh dipandu lama. Maka tak hairanlah jika anda masih menemui Corolla lama yang dipandu oleh pemiliknya. Sebanyak 44 juta unit telah terjual di seluruh dunia dalam 12 generasi Corolla

5. Volkswagen Golf – setelah berjaya menghasilkan Beetle, Volkswagen mula mencuba resepi baru iaitu kompak yang boleh memuatkan 4 penumpang, enjin sejukan air dan pacuan depan bagi lebih banyak ruang dalam kabin. Pada asalnya Golf direka untuk menggantikan model Beetle secara perlahan-lahan tapi rancangan itu hanya berlaku pada 2019.

Ketika diperkenalkan ia hanya datang dengan varian kompak 3 pintu sebelum kompak 5 pintu, wagon, cabriolet, versi sedan yang dipanggil sebagai Jetta. Bagi versi sport, Golf GTi diperkenalkan dan sehingga hari ini Volkswagen memegang tanda dagangan (trademark) GTi. Sebanyak 35 juta unit telah terjual sehingga hari ini.

6. Fiat 500 – Eropah memang terkenal dengan kereta kecil, mungkin disebabkan oleh jalan raya yang kecil. Salah satu model yang terkenal ialah Fiat 500 ataupun disebut Cinquecento dalam bahasa Itali bermula dari tahun 1957 lagi bagi memenihi keperluan pengangkutan awam rakyat Itali selain daripada Vespa.

Model asal dikuasakan dengan enjin 500cc (asal nama Fiat 500) 2 silinder sejukan udara yang dipasang pada bahagian belakang kereta. Walaupun kecil, model ini berjaya menamatkan beberapa perlumbaan setelah diubahsuai secara serius oleh tuner Abarth. Sebanyak 5 juta unit telah dihasilkan antara tahun 1957-1975.

7. Ford F Series – bagi pasaran Amerika pula, pikap trak merupakan sebuah kenderaan pilihan bagi kebanyakan rakyatnya. Jika anda perasan dalam kebanyakan filem Amerika, pelakonnya akan menggunakan trak sebagai kenderaan harian. Salah satu pikap yang berjaya menarik perhatian ramai pembeli ialah Ford Series.

Model pikap F Series ini mula dijual dari tahun 1948 sehinggalah ke generasi 14 pada tahun 2020. Versi awal dikuasakan oleh enjin 3700cc yang menghasilkan 92 kuasa kuda. Ia merupakan percubaan awal oleh Ford untuk menghasilkan kenderaan penumpang berdasarkan trak. Sebanyak 35 juta unit telah terjual sehingga hari ini.

Google ads
Back to top button