KERETA SPORT DENGAN ENJIN TURBODIESEL BERKUASA TINGGI
Biasanya bila kita sebut sport car, memang jarang sangat kita akan dengar sport car menggunakan enjin diesel. Di Malaysia enjin turbodiesel sangat sinonim dengan trak pikap, van, MPV bersaiz besar dan juga lori. Kalau ada sedan yang menggunakan enjin turbodiesel, mungkin ada beberapa model BMW dan juga Mercedes Benz
Kelebihan enjin turbodiesel ialah ia menghasilkan tork yang sangat tinggi pada RPM yang rendah, manakala bagi kereta sport pula ia akan menggunakan enjin petrol yang akan diperah pada RPM yang tinggi bagi menghasilkan tork dan juga kuasa kuda.
Tapi ini tidak menghalang beberapa pengeluar menghasilkan kereta sport yang dikuasakan oleh enjin turbodiesel. Dalam perlumbaan Le Mans 24 Jam, beberapa pengeluar membuktikan enjin turbodiesel lebih cekap penggunaan bahan api ketika berlumba. Antaranya kereta sport yang menggunakan enjin turbodiesel ialah:
1. Alfa Romeo Giulietta 2.0 JTDM-2 – sebab jenama ini telah la amenyepi di Malaysia, tak ramai yang tahu berkenaan dengan model ini. Giulette 2.0 JTDM boleh memecut 0-100km/j dalam masa 7.7 saat dan halaju tertinggi ialah 217km/j
Semua ini dicapai dengan menggunakan enjin 2000cc 4 silinder turbodiesel yang menghasilkan 170 kuasa kuda dan 350Nm tork. Model sport yang lawa ini juga dipopularkan dalam filem Fast& Furius 6 bagi tujuan promosi
2. Peugeot RCZ 2.0 Turbodiesel – bak kata Abam Japar ini kereta bohjan dan siapa sangka kereta ini dilengkapi dengan pilihan enjin turbodiesel selain enjin 1600cc turbo. Bagi pilihan enjin turbodiesel 2000cc HDi FAP, ia menghasilkan 160 kuasa kuda dan 340Nm tork pada 2000 RPM
Ia hanya ditawarkan dengan transmisi 6 kelajuan manual sahaja berupaya memecut 0-100km/j dalam masa 8.2 saat, memiliki halaju tertinggi 225km/j sedikit perlahan dari versi petrol pada 250km/j. Tapi enjin ini lebih bersih dengan kadar pembebasan 139g/km gas karbon dioksida berbanding 149g/km bagi varian petrol
3. Mini Cooper SD-mesti ramai yang tak tahu Mini Cooper juga ada menghasilkan varian turbodiesel dilancarkan pada tahun 2014 dikuasakan dengan enjin 4 silinder turbodiesel 2000cc yang menghasilkan 360Nm pada 1500 RPM dan 170 kuasa kuda.
Namun Mini Cooper SD ini berupaya memecut 0-100km/j dalam masa 7.3 saat dan halaju tertinggi ialah 215km/j. Namun begitu, Mini Cooper ini masih berupaya memberikan penggunaan bahan api sekitar 25km bagi setiap liter
4. Jaguar XF- ia dikuasakan dengan enjin 3000cc V6 silinder turbo yang menghasilkan 600Nm tork dan 271 kuasa kuda, cukup untuk melakukan pecutan pantas 0-100km/j dalam masa 5.9 saat. Halaju maksima model ini pula dihadkan secara elektronik pada 250km/j apabila dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan ZF
Tapi penggunaan bahan api ialah sekitar 15.63km bagi setiap liter diesel, dan hanya membebaskan sekitar 159g/km gas karbon dioksida. Ia lebih jimat dan lebih bersih berbanding dengan enjin petrol pada kuasa yang sama.
5. Audi R8 Le Mans Concept – ya ini adalah kereta konsep yang berasaskan perlumbaan Le Mans yang menggunakan enjin turbodiesel. Hanya kos pelaburan yang tinggi sahaja yang menghalang merealisasikan projek ini menjadi model pengeluaran
Model ini dipasang dengan enjin 6000cc V12 Turbodiesel yang menghasilkan 493 kuasa kuda pada 4000 RPM dan 1000Nm tork pada 1750 RPM. Audi mengeluarkan kenyataan untuk menghasilkan kereta versi jalanan dari varian perlumbaan, kos yang diperlukan adalah terlalu mahal dan tidak dapat ditampung dengan penjualan kereta.
6. Porsche Panamera Turbo Diesel-merupakan model terpantas Porsche bagi varian yang menggunakan enjin turbodiesel dengan pecutan 0-100km/j dalam masa 3.8 saat sahaja dan halaju tertinggi yang boleh dicapai ialah 306km/j. Ia dibekalkan dengan enjin 4000cc V8 turbodiesel berkembar yang menghasilkan 850Nm tork dan 416 kuasa kuda
7. Volkswagen Golf GTD – walaupun diselubungi dengan masalah lama Dieselgate, namun Volkswagen bangkit semula dengan menghasilkan Golf versi diesel yang jauh lebih bersih. Model GTD dipasang dengan enjin 2000cc turbodiesel 4 silinder yang menghasilkan 181 kuasa kuda dan dan 380Nm tork
Pecutan 0-100km/j dibuat dalam masa 7.5 saat, halaju maksima 227km/j, penggunaan petrol sekitar 23.9km bagi setiap liter diesel dan membebaskan sekitar 109g/km gas karbon dioksida. Boleh tahan jugak.
8. Maserati Quattroporte Diesel- dipadankan dengan enjin 3000cc turbodiesel V6 yang menghasilkan 271 kuasa kuda dan 600Nm tork. Semua kuasa dihantar ke tayar belakang dengan menggunakan transmisi automatik 8 kelajuan daripada ZF. Ia berupaya memecut 0-100km/j dalam masa 6.4 saat dan mencapai halaju maksima yang dihadkan pada 250km/j.
9. Mazda 6 2.2 Turbodiesel – varian turbodiesel dipadankan dengan enjin SkyActiv-D 2200cc 4 silinder yang menghasilkan 173 kuasa kuda dan 450Nm tork dengan semua kuasa dihantar ke tayar depan menerusi transmisi 6 kelajuan automatik. Silap tekan pedal, tayar depan akan berkokok dan menyebabkan kereta mengalami torque steer. Purata penggunaan bahan api ialah sekitar 19.2km bagi setiap liter diesel
10. BMW Alpina D3 Bi-Turbo- ia merupakan model BMW yang ditala khas oleh Alpina dengan menggunakan enjin 6 silinder sebaris 3000cc turbodiesel berkembar yang menghasilkan sekitar 350kuasa kuda dan 700Nm tork pada 1500 RPM. Jadi jangan hairan kerana BMW ini boleh mencapai kelajuan tertinggi pada 276km/jam, pecutan 0-100km/j dibuat dalam masa 4.6 saat