
Buletin
NENEK STEADY BELI GOLF GTI KELIMA
Seorang wanita berusia 79 tahun dilihat masih lagi setia dengan jenama Volkswagen, atau lebih tepat lagi model Golf GTI.
Satu video ringkas yang dimuatnaik menerusi FB pengedar Volkswagen Hatfield menunjukkan warga emas itu sedang dalam proses untuk membawa pulang Golf GTI 2022.
Difahamkan, ia merupakan unit Golf GTI yang kelima pernah dimiliki sepanjang tempoh hayatnya, malah wanita itu telah pun memandu kereta Volkswagen sejak lebih 50 tahun yang lalu.
Kenapa Golf GTI? Wanita itu mendakwa ia merupakan model yang paling dekat dengan jiwanya.
Sumber: FB