Artikel Pilihan

KERETA TESLA DIHARAMKAN DI SESETENGAH KAWASAN CHINA, FAKTOR KESELAMATAN

Didoroang dengan hubungan diplomatik yang semakin tegang antara kerajaan China dan juga Amerika, kenderaan jenama Tesla diharamkan daripada mendekati bangunan kerajaan dan bangunan dengan agensi ataupun syarikat yang ada hubungan langsung dengan kerajaan China disebabkan isu keselamatan data.

Keadaan ini menyebabkan pemilik dan pemandu Tesla akan pening kepala apabila berhadapan dengan larangan ini serta secara tidak langsung akan menjejaskan jualan kenderaan Tesla di China. Ini kerana larangan ini meliputi kerajaan tempatan, lebuhraya, pusat pameran dan juga badan berkanun kerajaan China

Pada mulanya larangan ini hanya dikuatkuasakan pada kem tentera milik kerajaan China sahaja, namun disebabkan jualan Tesla yang semakin meningkat maka kawasan larangan ini telah ditambah seperti di atas.

Sebagai contoh terdapat satu pusat konferen di Shanghai iaitu Grand Halls yang biasa menjalankan aktiviti kebudayaan, makan malam dan pameran tetapi Gand Halls ini diuruskan oleh syarikat berkaitan kerajaan telah menguatkuasakan larangan kenderaan Tesla daripada memasuki kawasan berpagar dewan ini.

Malah pihak pengurusan Grand Halls akan meminta pelawat yang datang menyatakan jenis kenderaan yang digunakan oleh mereka, dan sekiranya pelawat menggunakan Tesla maka kenderaan mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan Grand Halls

Malah larangan ini turut merangkumi acara sukan yang dianjurkan di bangunan kerajaan. Semasa acara sukan World University Games yang berlangsung pada musim panas 2023, semua pemandu Tesla telah diarahkan untuk memarkir kenderaan mereka lebih jauh daripada tempat keiasaan

However, China remains one of Tesla’s biggest markets, with the United States in the lead. But BYD is chasing after the EV maker, having even surpassed the American automaker by unit sales in the fourth quarter of last year.

Sebuah pusat tahanan di Sichuan juga tidak membenarkan Tesla diparkir dalam julat 50 metre dari bangunan penjara. Salah satu ciri yang menyebabkan masalah ini tercetus ialah ciri Sentry Mode yang sentiasa merakam gambar persekitaran menggunakan sehingga 8 kamera yang dipasang di sekeliling kenderaan

Sentry Mode pada asasnya membenarkan pemilik memantau keadaan sekeliling kereta dan mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan termasuklah cubaan mencuri dan pecah masuk. Namun timbul kebimbangan data video yang disimpan di dalam kenderaan boleh diakses oleh pihak lain yang bertindak sebagai kamera intipan

Walaubagaimanapun, Tesla China menyatakan semua data yang dirakam akan disimpan di pusat data tempatan di China apabila Tesla membuka pusat simpanan data pada bulan Ogos 2023. Namun usaha ini nampaknya tidak berkesan.

Pasaran China merupakan antara pasaran terbesar bagi Tesla dengan pembukaan Gigafactory Shanghai yang bertindak menghasilkan kenderaan untuk pasaran China dan juga eksport termasuk ke Asia Tenggara.

Google ads
Back to top button