Buletin

JAECOO J7 UJI PRESTASI DI KURSUS OFF-ROAD M4TREC

JAECOO J7 baru-baru ini telah menjalani kursus off-road terkenal yang dimiliki oleh Pusat Latihan dan Pengalaman 4WD Malaysia (M4TREC).

Model off-road bandar ini mendapat pujian daripada M4TREC atas keupayaan off-road luar biasa dan pengendalian yang stabil.

Dilakukan dalam keadaan iklim hujan dan lembap sepanjang tahun di Malaysia, ujian ini merupakan bukti penilaian prestasi kenderaan off-road.

Untuk rekod, JAECOO J7 dilengkapi enjin 1.6TGDI, menghasilkan 197PS dan tork puncak 290Nm, setara dengan enjin 2.0T jenama mewah.

J7 juga dilengkapi dengan transmisi dwi-klac basah 7 kelajuan (7DCT), membolehkan peralihan gear dalam masa 0.2 saat.

Peralihan yang lancar dan halus ini memastikan enjin dan kenderaan mempamerkan prestasi kuasa dan pengendalian begitu baik semasa ujian.

Untuk memastikan penilaian secara menyeluruh terhadap J7, para pelatih pakar M4TREC menetapkan pelbagai halangan mencabar semasa ujian, termasuk ujian “roller ramp”, ujian artikulasi, lintasan bukit (ridge crossing) serta turunan cerun.

Berhadapan dengan pelbagai ujian, J7 menunjukkan kebolehannya dalam mengatasi daripada keadaan jalan yang sukar serta ketahanan impak.

Menerusi penalaan casis antarabangsa yang hebat, ia sekaligus memberikan keputusan luar biasa dalam ujian elak moose pada kelajuan 80 km/j.

Selain itu, J7 menggabungkan Sistem Pemanduan Cerdas All Road (ARDIS), membolehkan campur tangan 4WD segera dalam 0.1 saat.

Tambahan, penggunaan Sistem Brek Bersepadu (IPB) membawa lapan kelebihan utama, termasuk integrasi tinggi, brek lebih cepat, tiada kemerosotan prestasi, dan campur tangan automatik.

Kemajuan ini secara signifikan meningkatkan langkah keselamatan dan keselesaan memandu J7, memudahkan menavigasi melalui pelbagai keadaan jalan atau situasi tidak dijangka.

Melalui ujian off-road yang mencabar ini, J7 sepenuhnya menunjukkan kestabilan dan kebolehpercayaannya pada situasi jalan raya yang kompleks, selaras dengan keperluan mobiliti elit bandar.

Google ads
Back to top button