
KERJASAMA TOYOTA, MAZDA & SUBARU- HASILKAN ENJIN BARU NEUTRAL KARBON
3 pemain industri automotif Jepun iaitu Subaru Corporation (Subaru), Toyota Motor Corporation (Toyota), and Mazda Motor Corporation (Mazda) berikrar akan bekerjasama bagi menghasilkan enjin generasi baru dengan teknologi elektrik serta menggunakan bahan api neutral karbon
Melalui kerjasama antara 3 syarikat ini, satu enjin baru akan dihasilkan berdasarkan rekaan yang lebih baik dengan integrasi motor elektrik, bateri dan juga komponen elektrik yang lain. Enjin baru ini juga boleh beroperasi dengan pelbagai bahan api bebas karbon yang lain.
Kerjasama antara 3 syarikat turut bekerjasama bagi menghasilkan enjin yang komak dan bateri yang lebih kecil dan mudah diintegrasikan dalam trenkuasa. Enjin yang kecil dan kompak ini akan memudahkan jururekabentuk menghasilkan rekaan hud yang lebih rendah dan meningkatkan aerodinamik kenderaan.
Secara tidak langsung rekaan yang lebih baik ini akan membantu mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan mengurangkan penggunaan bahan api. Buat masa sekarang Toyota sedang membangunkan enjin baru 4 silinder 1500cc dan juga 2000cc
Usaha juga dilakukan oleh Mazda yang sedang membangunkan enjin rotari generasi baru yang akan bertindak sebagai generator bagi sistem hibrid. Subaru juga membangunkan enjin boxer yang lebih kompak serta dipadankan dengan sistem hibrid



