
KHIDMAT KERETA API ELEKTRIK SIAP SEBULAN LAGI
Perkhidmatan Kereta Api Elektrik Malaysia, yang menghubungkan bandar-bandar utama di seluruh Semenanjung Malaysia, dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh kira-kira sebulan.
Laluan baharu ini akan mengurangkan masa perjalanan antara Johor Bahru dengan Kuala Lumpur, kepada sekitar tiga jam setengah.
Para penumpang menyambut baik perkhidmatan ini, menyifatkannya sebagai pengalaman yang lebih selesa berbanding menaiki bas, serta pilihan yang lebih mampu milik berbanding penerbangan.
Buat masa ini, perkhidmatan tersebut bermula dari terminal utara di Padang Besar – berhampiran sempadan Thailand – dan melalui melalui Alor Setar, Butterworth, Ipoh, Kuala Lumpur serta Kluang di Johor tengah.
Bahagian terakhir antara Kluang dengan Johor Bahru dijangka mula beroperasi pada bulan Disember.
Perkhidmatan ini bakal memberi manfaat kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja di negara jiran, Singapura. – Media Corp



