Buletin

TOYOTA bZ TIME ATTACK CONCEPT – SAHIH BOLEH TURUT SERTA PERLUMBAAN PANJAT BUKIT NI

Dalam cubaan hingga ke kemuncak dalam prestasi kenderaan elektrik, Toyota telah memperkenalkan model konsep SEMA bateri-elektrik pertamanya, Toyota bZ Time Attack di SEMA Show 2025, sebuah jentera EV yang dibina khusus untuk perlumbaan time attack dan juga hill climbs.

Model konsep ini direka untuk meneroka potensi prestasi teknologi BEV Toyota, kenderaan ini mempamerkan aerodinamik yang optimum, suspensi dan kejuruteraan gred setara dengan sukan permotoran, dan peningkatan ketara dalam kuasa kuda elektrik sepenuhnya berbanding model keluaran kilang.

Konsep ini bermula dengan asas yang cukup kukuh daripada model bZ 26MY AWD, yang telah memberikan 338 kuasa kuda dan masa 0-60 mph hanya 4.9 saat secara standard keluaran kilang.

Menurut Marty Schwerter selaku Ketua dan Pengarah Operasi Toyota Motorsports Technical Center, beliau dan pasukannya telah bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menyerlah. Pun begitu pembinaan model konsep Toyota bZ Time Attack turut memberikan cabaran unik daripada mengimbangi prestasi bateri dengan pengagihan berat kepada mereka bentuk pakej badan lebar dan aerodinamik yang agresif yang sesuai untuk sukan permotoran.

Tidak seperti binaan model elektrik yang konvensional, pasukan itu perlu memikirkan semula bagaimana aerodinamik dan kesesuaian boleh dicapai pada platform EV, sambil membantu menyediakan keselamatan dan ketahanan dalam keadaan yang ekstrem.

Penyelesaian ini datang melalui pendekatan hibrid terhadap fabrikasi. R&D Toyota, TRD dan rangkaian pembekal canggih menggabungkan pengimbasan laser, pembangunan CAD dan percetakan 3D berskala besar untuk menghidupkan reka bentuk tersebut. Gerbang fender dimodelkan secara digital, dicetak pada skala penuh, kemudian dipasang dengan menggunakan tangan.

Dan hasil akhir, sebuah jentera yang telah berjaya direndahkan sehingga enam inci dan penambahan panjang jentea enam inci lengkap dengan splitter hadapan, diffuser belakang serta sayap yang besar dibelakang untuk paket aerodinamik yang lebih baik.

Motor elektrik daripada keluaran kilang telah ditala semula oleh Toyota yang menghasilkan kuasa sehingga 300 kW (400+ HP) hasil daripada ECU yang turut diberikan penambahbaikan. Sistem suspensi baharu daripada TEIN juga diberikan untuk lebih kestabilan pemanduan dengan sistem brek juga telah ditambah baik.

Sangkar kromoly 4130 spesifikasi FIA penuh menguatkan casis, manakala bahagian dalamannya dilengkapi dengan tempat duduk perlumbaan OMP HTE-R dan abah-abah OMP. Casisnya digerakkan oleh roda BBS Unlimited 19×11 inci yang dilengkapi dengan tayar Continental Extreme Contact Sport 02 305/30ZR19 XL yang besar, menambah cengkaman mekanikal yang ketara seiring dengan daya turun aerodinamik yang mengagumkan.

Bila dah siap begini, peminat di luar sana sudah semestinya menantikan hasil apabila jentera yang buas ini beraksi di permukaan asfal sebenar. Berapa laju kah ia?

BACA : TOYOTA bZ4X FACELIFT TAWAR JARAK GERAK HINGGA 746KM, KUASA 342HP – HARGA BERMULA RM120K

BACA : LEXUS RZ450E, KEMBAR TOYOTA BZ4X & SUBARU SOLTERRA

Google ads

B K

Back to top button