Buletin

KIA MALAYSIA LANCAR KIA SORENTO

Naza Kia Malaysia hari ini melancarkan SUV terbaharunya iaitu Kia Sorento. Hadir dalam dua varian iaitu petrol dan diesel, Sorento CKD ini pasti memeriahkan lagi segmen SUV tempatan.

batch_Kia-Sorento-2016-mekanika7

“Segmen SUV di Malaysia mengalami pertumbuhan pesat sejak tahun 2012. Dalam tempoh hanya tiga tahun, segmen ini telah meningkat sebanyak 88.9 peratus dengan jualan hampir 59,999 unit dan 8.8 peratus penguasaan pasaran.

“Kami menjangkakan volum jualan kami akan meningkat kepada dua digit. Kia Sorento dan Kia Sportage akan memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran ini,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Dato’ Samson Anand George.

batch_Kia-Sorento-2016-mekanika5

Naza Kia meletakkan sasaran untuk menjual 6,000 unit kenderaan pada tahun ini.

Varian petrol dikuasakan oleh enjin Theta II 2.4 MPI dengan Dual Continuously Variable Valve Timing (CVVT) yang mampu menjana 171PS dan tork 222.6 Nm.

batch_Kia-Sorento-2016-mekanika6

Sementara model diesel pula digerakkan oleh enjin R 2.2 CRDi berkuasa 200PS dan tork maksimum 441.3Nm. Kedua-dua enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatic enam kelajuan.

Dari segi harga pula, Sorento petrol boleh anda miliki pada harga RM165,888 dan RM155,888 untuk varian diesel. Ia turut hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.

batch_Kia-Sorento-2016-mekanika4

Sorento jelas menggabungkan aspek gaya, praktikaliti dan teknologi dalam bentuk premium. Karekter Sorento diserlahkan menerusi profil garis badan yang mantap.

Bahagian hadapan pula nampak garang dengan lampu utama jenis projektor, lampu nyalaan siang (DRL) LED dan gril bersaiz besar. Varian petrol dipasang dengan rim krom bersaiz 19 inci, pertama pada sebuah Kia.

batch_Kia-Sorento-2016-mekanika1

Sorento menawarkan ruang kabin yang luas dan selesa. Kemasan material lembut meningkatkan lagi kemewahan jentera ini. Untuk memberi kemudahan kepada pemandu dan penumpang, ia dilengkapi skrin TFT LCD bersaiz tujuh inci dan mode pemanduan Normal, Eco atau Sport.

Bukan itu sahaja, tempat duduknya boleh dilipat dengan beberapa konfigurasi, selain ciri-ciri seperti Smart Parking Assist System, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) dan banyak lagi (bergantung kepada varian yang dipilih).

batch_Kia-Sorento-2016-mekanika3

Kemantapan pengendalian disumbangkan oleh penggunakan topang MacPherson dan suspensi jenis Multi-Link di belakang. Sistem pacuan semua roda turut membantu Sorento mencapat cengkaman dan kestabilan terbaik ketika mengambil selekoh atau mengharung laluan off-road.

Kedua-dua varian Sorento didatangkan dengan enam beg udara, Vehicle Stability Management (VSM), Electronic Stability Control (ESC), sistem brek anti-kunci (ABS) Hill-start Assist Control (HAC) dan sebagainya.

Maka tidak hairanlah jika Sorento mendapat penarafan lima bintang daripada Euro NCAP dan NHTSA NCAP. Sorento hadir dalam tiga warna iaitu putih, hitam dan perak.

Google ads
Back to top button