Motosikal

HONDA FUTURE FI – BERMULA RM6,072

Boon Siew Honda telah memperkenalkan model terbaharunya, Honda Future FI yang menjanjikan pengalaman tunggangan lebih baik.

Honda-Future-Fi-mekanika (6)

Dengan tagline ‘Lebih Efisien, Lebih Keyakinan’, Honda Future FI kini lebih berkuasa. Ia juga mengekalkan ciri-ciri yang praktikal dan waranti tambahan untuk enjin.

Boon Siew Honda telah menaik taraf Honda Future dengan memperkenalkan teknologi pancitan bahan api PGM-FI yang cekap Jadi, anda boleh menempuh perjalanan lebih jauh dengan kapasiti tangki 5.4 liter.

Honda-Future-Fi-mekanika (9)

Motosikal ini mengekalkan ruang penyimpanan barang U 18 liter seperti sebelumnya. Ia mampu memuatkan sebuah topi keledar muka penuh serta barang-barang lain.

Pelanggan boleh memilih daripada dua varian berbeza. Varian pertama dilengkapi rim sporty, penghidup enjin elektrik dan brek cakera depan. Sementara varian kedua pula menggabungkan penghidup enjin elektrik, rim sporty dan brek cakera depan belakang.

Honda-Future-Fi-mekanika (2)

Honda Future FI didatangkan dalam warna merah, biru dan ungu metalik bersama grafik badan yang baru.

Honda Future FI ditawarkan pada harga bermula RM6,072 hingga RM6,358 (termasuk GST). Model baru ini diberi jaminan 2 tahun atau 20,000 km dan waranti tambahan selama setahun atau 10,000km untuk enjin (mana-mana tida dahulu).

Google ads
Back to top button