Motosikal

AKSESORI TULEN UBAH MT-10 JADI SPORT-TOURING

Biarpun MT-10 merupakan model terbaharu dalam rangkaian jentera Yamaha yang berasaskan kepada Yamaha R1, aksesori yang disediakan membolehkannya bertukar menjadi sebuah sport-touring.

batch_Yamaha-MT-10-accessories-mekanika3

Katalog aksesori MT-10 mempunyai lebih 50 produk yang mampu meningkatkan praktikaliti jentera naked tersebut. Sama untuk kegunaan di bandar mahupun menjelajah perjalanan yang jauh.

Antara contoh aksesori yang ditawarkan oleh Yamaha ialah penyambung tongkat sisi. Ini jelas menunjukkan bahawa MT-10 tidak terhad kepada penggunaan di atas jalan raya biasa sahaja.

batch_Yamaha-MT-10-accessories-mekanika11

Tolok kawalan kaki boleh ubah juga ada di dalam katalog ini. Ia membolehkan perehat kaki, brek belakang dan pedal penukaran gear diubah suai mengikut kesesuaian penunggang.

Lebih kurang 20 posisi ditawarkan oleh produk yang dihasilkan oleh Gilles Tooling ini.

batch_Yamaha-MT-10-accessories-mekanika8

Bekas kargo pula ditawarkan dalam saiz 35 dan 50 liter bersama beg dalaman untuk memastikan barang-barang boleh disimpan dengan kemas. Tidak cukup dengan itu, tiga beg turut disediakan. Beg itu hadir dengan port kalis air yang membolehkan penunggang mengecas peranti tanpa sebarang masalah.

Selain itu, aksesori lain yang boleh dibeli termasuklah pelindung keselamatan enjin, pemanas pada pemegang dan banyak lagi.

batch_Yamaha-MT-10-accessories-mekanika2

Pendek kata, pemilik MT-10 kini boleh mengubah suai dan meningkatkan karekter jentera mereka dengan lebih agresif.

Google ads
Back to top button