
KIA NIRO HIBRID
Detroit Auto Show 2016 baru sahaja bermula. Tetapi, nampaknya Kia sudah bersedia untuk acara Chicago Auto Show Februari depan.
Pengeluar kenderaan automotif Korea itu menyatakan akan mendedahkan model crossover kompak, Kia Niro hibrid. Sebagai permulaan, Kia mengeluarkan dua keping gambar teaser model berkenaan.
Pembangunan reka bentuk model itu diketuai oleh pusat rekaan Kia di California, Amerika Syarikat dan Namyang, Korea. Reka bentuk yang ditampilkan menggabungkan praktikaliti dan tarikan estetika bersama ciri aerodinamik anggun dan permukaan yang lebih halus.
Difahamkan model berkenaan bakal dilengkapi enjin 1.6 liter 4-silinder. Kuasa motor elektrik ialah 47hp bersama kapasiti bateri 1.56-kWh.
Menerusi imej pertama itu dapat dilihat rekaan lampu belakang LED lebih tinggi. Reka bentuk berkenaan seakan Kia Sportage. Karakter garisan yang lebih tajam dan garisan cermin belakang yang tirus melengkapkan imej coupe Kia Niro.
Kia Niro ialah model pertama berasaskan platform kereta eco. Model itu dikatakan bakal mencapai penarafan emisi 90 g/km.









