
Motosikal
EDISI KHAS TRIUMPH STREET TRIPLE RX BLACK
Triumph memperkenalkan edisi khas Triumph Street Triple Rx Black ke pasaran Eropah.
Seperti namanya, model edisi khas berkenaan didatangkan dengan skim warna hitam baharu dan grafik yang disemak semula.
Dari segi mekanikal, ia sama dengan model Rx standard. Jentera ini masih dijana enjin 675cc 3-silinder yang menghasilkan kuasa 105bhp dan tork 50lbft.
Model Rx berbeza dengan model Street Triple R dengan tambahan unit belakang daripada Daytona 675. Kowl pelana, bellypan dan fly skrin adalah standard pada Rx.
Street Triple Rx Black dijual pada harga £8,599 (RM55, 345) seunit.