Buletin

KILANG ENJIN BAHARU TOYOTA DI INDONESIA MULAKAN OPERASI

Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN), anak syarikat pengeluaran kenderaan Toyota Motor Corporation di Indonesia baru-baru ini telah menyiapkan pembinaam kilang enjinnya yang baru.Toyota-engine-plant-kerawang-Indonesia-mekanika (3)

Dengan pelaburan mencecah 2.3 trilion rupiah (RM719 juta), Kilang Enjin Kerawang di Jawa Barat itu mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 216,000 enjin setahun. Ia juga menggaji sekitar 400 orang pekerja baharu.

Kilang tersebut akan mengeluarkan enjin NR bersesaran 1.3 dan 1.5 liter dengan sebahagiannya dieksport.

Toyota-engine-plant-kerawang-Indonesia-mekanika (1)

Berbeza dengan kilang sebelum ini, kilang enjin baharu itu lebih kompak, efisien, selamat, fleksibel dan mesra alam. Hasilnya, ia berupaya memenuhi permintaan dan menempatkan semua aspek pengilangan enjin di bawah satu bumbung.

“Kami melihat TMMIN sebagai salah satu hub penting dalam penghasilan serta bekalan kenderaan dan enjin. Menerusi operasi di sini, kami harap dapat mengukuhkan lagi posisi kami sebagai sebahagian daripada komuniti di Indonesia,” kata Pegawai Pengurusan Kanan Toyota, Koei Saga.

Google ads
Back to top button