
HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA 93,929 UNIT KERANA MASALAH BATERI
Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia mengambil langkah proaktif dengan memanggil semula 93,929 unit kenderaan Honda untuk menukar bateri 12V.
Langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan semua pelanggannya. Model-model Honda yang terlibat adalah seperti berikut:
Model | Tahun |
City | 2003 – 2014, 2016 |
Civic | 2010, 2012 & 2013 |
CR-Z | 2012 – 2013 |
CR-V | 2013 |
Freed | 2010 – 2012 |
Insight | 2011 – 2013 |
Jazz | 2009, 2012 & 2013, 2015 & 2016 |
Selain model-model ini, kenderaan lain yang sedang dijual tidak terjejas. Biarpun wujud masalah, tiada sebarang laporan atau kecederaan dilaporkan di Malaysia.
Semua pelanggan akan dihubungi menerusi surat. Mereka diminta menghantar kenderaan masing-masing ke pengedar Honda yang terdekat untuk diperiksa. Sekiranya perlu, bateri tersebut akan diganti dan kos ditanggung oleh Honda Malaysia.
Maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian Tol Percuma Honda 1-800-88-2020, layari laman web: www.honda.com.my atau kunjungi pengedar Honda berhampiran.