Artikel Pilihan

KILANG XIAOMI HASILKAN SU7 SETIAP 76 SAAT

Selepas Tesla mengumumkan akan mengentikan proses pembangunan Gigacasting generasi kedua, Xiaomi pula mengambil langkah berbeza dengan memperkenalkan mesin gigacasting terbaru milik mereka yang digunakan untuk menghasilkan model SU7

Xiaomi mendakwa syarikat mereka adalah satu-satunya syarikat tempatan yang menggabungkan teknologi “die cast alloy” dan “large die casting”. Dari perspektif proses pembuatan, menggabungkan semua komponen kecil dalam satu mesin dan satu proses akan meningkatkan ketegaran cesi dan menjimatkan ruang kilang

Kaedah ini juga akan menghasilkan platform yang ringan sebanyak 17% dan memanjangkan jarak perjalanan kereta elektrik. Dalam satu video komersial yang baru, Xiaomi menunjukkan sebuah mesin gigacasting dengan kod 9100T (menunjukkan tonnage clamping force mesin) yang berupaya mengurangkan 72 komponen sebelum ini dari proses stamping dan kimpalan untuk dijadikan 1 komponen besar

Proses gigacasting ini boleh mengurangkan 840 poin kimpalan dan penjimatan masa sebanyak 45%. Selain menguatkan platform, proses ini juga berupaya menjadi kereta elektrik lebih senyap sebanyak 2dB. Namun proses ini turut dikritik kerana platform sukar untuk dibaiki sekiranya terlibat dalam kemalangan menyebabkan keseluruhan kereta menjadi “total lost”

Xiaomi bagaimanapun menepis dakwaan tersebut dengan rekaan anti kemalangan, menjadikan kerosakan yang berlaku akibat perlanggaran perlahan dan sederhana tidak akan merosakkan kenderaan dan hanya sedikit sahaja komponen yang perlu diganti

Pasukan R&D Xiaomi berjaya mengasilkan sekitar 11 paten rekaan baru bagi sistem gigacasting milik mereka termasuklah pengenalan ciri kepintaran buatan bagi mengawal parameter kualiti komponen yang dihasilkan oleh mesin gigacasting.

Kilang Xiaomi yang digunakan untuk menghasilkan kenderaan SU7 juga direka dengan ciri automasi penuh, berupaya menghasilkan 40 buah kenderaan dalam masa sejam atau 76 saat bagi sebuah kereta. Terdapat 700 buah robot yang digunakan dan 181 robot automasi penuh yang akan menghantar komponen yang telah disiapkan oleh “stamping machine”

Robot automasi penuh atau AMR (automated mobile robot) akan menggunakan Lidar sebagai sistem pengesan untuk bergerak di dalam kilang. Bagi kawalan mutu perkilangan, Xiaomi juga menggunakan sistem x-ray secara automasi bagi memeriksaan ketepatan hasil pembuatan mesin pada kadar 99.9%

Google ads
Back to top button