Motosikal

MAS2024: MOTORLOAN.MY PERMUDAH PEMBIAYAAN MOTOSIKAL TAWARAN MFORCE

Kerap kali proses pembelian motosikal menjadi rumit terutamanya jika pembeli mahu membeli secara hutang. 

Ini kerana selain perlu melakukan ‘survey’ yang memakan masa yang lama, pelanggan juga perlu mengambil kira tawaran setiap pengedar yang selalunya menawarkan harga berbeza-beza.

Tidak cukup dengan itu, proses pembelian secara hutang juga bukan perkara mudah kerana mengambil kira pelbagai faktor termasuk memastikan dokumen lengkap, perlu kejar pengedar bagi mendapatkan jawapan yang cepat dan macam-macam lagi. 

Menyedari perkara itu, SHENMA Credit Sdn Bhd memperkenalkan platform e-dagang Motorloan.my yang menawarkan pembiayaan motosikal tawaran MForce dengan lebih mudah. 

Menerusi Motorloan.my, pelanggan tidak perlu membuang masa menghubungi pengedar bagi urusan pembiayaan dan pembelian kerana segala proses itu boleh dilakukan secara terus dan cepat. 

Motorloan.my menawarkan empat langkah mudah:

  1. pilih motosikal idaman
  2. pilih terma pembiayaan dan pengedar (mengikut lokasi)
  3. terima surat Kelulusan Bersyarat 
  4. kemuka dokumen diperlukan dan sedia untuk bawa pulang motosikal idaman
*CEO SHENMA Credit, Joseph Chong

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SHENMA Credit, Joseph Chong, proses pembiayaan dipermudahkan dengan sistem e-KYC yang memastikan identiti pelanggan disahkan terlebih dahulu. 

Dalam pada itu, pembiayaan motosikal ditawarkan SHENMA Credit juga mencapai status patuh Syariah.

*MBP Morbidelli C1002V

Motorloan.my menawarkan pelbagai motosikal dari MForce termasuk motosikal berkapasiti kecil hingga besar. Menariknya, SHENMA Credit juga menawarkan pembiayaan istimewa bagi pembelian motosikal elektrik (EV). 

Bagi yang berminat, boleh layari Motorloan.my atau datang ke Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung dari 22 hingga 26 Mei ini di MAEPS, Serdang. 

Google ads
Back to top button