Artikel Pilihan

LAMBORGHINI KATA APA BARANG EV, KITA BUAT V8 HIBRID.

Berakhirnya pengeluaran Lamborghini Huracan bermakna enjin V10 yang digunakan oleh supercar ini akan terkubur sama. Tetapi ini tidak bermakna Lamborghini akn menghentikan proses pembinaan enjin pembakaran dalam, sebaliknya menggantikan enjin V10 tersebut dengan enjin V8 turbo berkembar

Enjin V8 ini berupaya untuk mencapai takat operasi maksima pada putaran 10,000 RPM, sangat tinggi bagi sebuah enjin turbo ataupun aspirasi normal. Ia hanya boleh dikalahkan oleh enjin Mercedes-AMG One, Aston Martin Valkrie dan supercar yang dihasilkan oleh Gordon Murray T.33 dan T.50 yang boleh diperah pada RPM yang lebih tinggi

Enjin V8 ini direka dengan sesaran 4000cc berupaya menghasilkan sekitar 789 kuasa kuda pada 9750 RPM dan juga 729 kuasa kuda. Turbo pula diletakkan di bahagian tengah enjin yang berbentuk V, diberikan ciri sistem minyak pelincir dry sumped serta sistem suntikan bahan api terus.

Untuk respon enjin yang pantas, enjin V8 ini diberikan rod penyambung yang dihasilkan daripada titanium. Lamborghini juga tidak lagi menggunakan rekaan tapet “bucket-and-shim” sebaliknya menggunakan rekaan yang biasa digunakan dalam perlumbaan iaitu finger follower yang lebih tegar, berupaya untuk operasi enjin RPM tinggi.

Enjin ini akan dipadankan dengan sistem hibrid yang sama digunakan pada Revuelto, dengan satu motor axial flux elektrik nipis yang menjana 147 kuasa kuda dan 300Nm tork diapit secara sandwich antara enjin V8 dan juga transmisi 8 kelajuan DCT.

Terdapat 2 lagi motor akan dipasang pada roda depan bagi menghasilkan sistem torque vectoring, namun Lamborghini enggan mendedahkan kuasa sebenar yang dijana oleh sistem hibrid ini. Enjin ini sebenarnya pernah diuji dalam perlumbaan Le Mans prototaip LMDh tetapi dengan enjin 3800cc V8

Google ads
Back to top button