Buletin

KINETA KINI TAWAR PEMASANGAN PENGECAS EV SEMUA JENAMA DI MALAYSIA

KINETA Sdn Bhd mengumumkan peluasan perkhidmatannya dengan menawarkan pemasangan profesional pengecas EV pelbagai jenama utama AC dan DC seperti ZD Energy, Wallbox, Joint, Sino dan lain-lain di seluruh negara.

Inisiatif ini mengukuhkan komitmen KINETA dalam menyokong penggunaan EV melalui penyelesaian pengecasan yang selamat, boleh dipercayai dan mematuhi piawaian bagi kediaman serta premis komersial.

Menurutnya, perkhidmatan pemasangan ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang dengan standard keselamatan serta spesifikasi pengeluar.

Sempena pengenalan perkhidmatan ini, KINETA menawarkan diskaun RM188 (tidak termasuk platform eDagang) bagi pakej pemasangan:

  • Single-Phase Installation Packages: RM1,300 (RM1,488)
  • Three-Phase Installation Packages: RM1,700 (RM1,888)

Harga promosi pengecas terpilih turut ditawarkan:

  • ZD Energy Guardian 7.4kW (5m): RM2,888 (RM3,288)
  • ZD Energy Explorer 22kW (5m): RM3,588 (RM3,688)
  • Wallbox Pulsar Plus 7.4kW (5m): RM2,999 (RM3,699)
  • Wallbox Pulsar Plus 7.4kW (7m): RM3,299 (RM3,999)
  • Wallbox Pulsar Max 7.4kW (7m): RM4,188 (RM5,299)
  • Wallbox Pulsar Max 22kW (5m): RM4,388 (RM5,099)
  • Wallbox Commander 2 22kW (5m): RM5,099 (RM6,599)

Pelanggan menikmati perkhidmatan hujung-ke-hujung merangkumi pemasang bertauliah ST, pemeriksaan pendawaian, keserasian semua jenama, liputan seluruh negara, pematuhan piawaian Suruhanjaya Tenaga, CIDB dan EVCS serta harga telus.

Tempoh kempen: 15–31 Disember 2025.
Syarat: Bayaran pemeriksaan rumah RM200 (tidak dikembalikan) sebelum 31 Disember 2025 bagi melayakkan diskaun. Pemasangan mesti disiapkan selewat-lewatnya 28 Februari 2026; selepas itu harga kembali kepada RRP.

Google ads
Back to top button