Buletin

KL BIKE SHOW 2023: QJMOTOR SRK600RC TIBA DI PASARAN TEMPATAN, 81.5HP, HARGA BERMULA RM39K

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., pengedar eksklusif jenama QJMOTOR di Malaysia, secara rasmi melancarkan model 600cc iaitu SRK600RC untuk pasaran tempatan.

Dengan prestasi dipertingkatkan dan rekaan yang memukau, model ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Hitam serta Biru.

Untuk rekod, jentera ini memiliki berat 225kg dan dilengkapi Sistem Brek Anti-kunci (ABS) manakala Sistem klacnya ialah Klac Basah Berbilang Plat Manual (ASC), memberikan kawalan yang tepat ke atas penglibatan serta pengasingan gear.

Secara mekanikal, jentera baharu ini dijana oleh enjin empat silinder, dengan 16 injap dan sistem DOHC, menghasilkan 81.5hp pada 11,000 rpm dan 51.0Nm pada 10,500rpm. Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan secara manual.

Mengikut kesesuaian model dan reka bentuknya, model ini dilengkapi dengan spesifikasi enjin yang mengagumkan selain pengendalian responsif.

Untuk harga, SRK600RC boleh dimiliki pada harga bermula RM39,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Model yang dilancarkan ini boleh didapatkan di mana- mana pengedar sah QJMOTOR di Malaysia.

GALERI:

Google ads
Back to top button