
KL BIKE SHOW 2023: SYM TUSCANY 150 RASMI DILANCARKAN, 11.4HP, HARGA BERMULA RM8.8K
Bersempena KL Bike Show 2023 yang berlangsung dari 24-27 Ogos 2023, SYM Malaysia hari ini melancarkan jentera baharu SYM Tuscany 150 pada harga RM8,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Dengan rekaan klasik-moden, elegan serta canggih, Tuscany menjanjikan pengalaman ditunggu-tunggu oleh para peminat skuter dan sesuai digunakan di dalam bandar.
Skuter ini dipadankan bersama pencahayaan LED penuh di bahagian depan dan belakang, paparan LCD digital selain, dilengkapi port pengecasan USB serta Smart Key System dengan penggera anti-kecurian.

Perincian lain termasuklah dibekalkan dengan tangki minyak berkapasiti 5.7 liter.
Dari segi kuasa, SYM Tuscany 150 dijana oleh enjin satu silinder 4-lejang, menghasilkan 11.4hp @ 8,000rpm dan tork 11.4Nm @ 5,500rpm.
Dengan setiap pembelian mana-mana model Tuscany 150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Pembeli boleh mendapatkan model cilik ini di mana-mana pengedar sah SYM di seluruh Malaysia.
GALERI:















