
KL BIKE SHOW 2023: BRIXTON CROSSFIRE 150 XS DILANCARKAN, 14HP, HARGA BERMULA RM8.7K
Sempena acara KL Bike Show 2023, Brixton hari ini secara rasmi melancarkan jentera baharunya iaitu Crossfire 150 XS.
Didatangkan dalam tiga warna, Backstage Black, Clockwork Orange dan Cargo Green, Crossfire 150 XS ini mempunyai dimensi 1,690mm panjang, 755mm lebar, dan 1,210mm tinggi sementara ketinggian tempat duduk pula diletakkan pada 770mm.
Dengan berat 111kg, ia mempunyai binaan ringan sekaligus meningkatkan kebolehgerakan dan memudahkan pengendalian.

Untuk rekod, Crossfire 150 XS dibekalkan dengan isipadu tangki 11 liter.
Bagi sistem brek hadapan, model ini menggunakan brek cakera Tunggal jenis hidraulik bersaiz 220mm, sementara brek belakang pul menggunakan brek cakera tunggal hidraulik dengan saiz 190mm.
Selain itu, untuk tunggangan lancar dan terkawal, Crossfire 150 XS dilengkapi dengan sistem suspensi hadapan jenis teleskopik terbalik.

Secara mekanikal, jentera baharu ini dikuasakan oleh nadi bersesaran 150cc, menghasilkan 14hp @ 9,500rpm dan tork 10.5Nm @ 3,100rpm.
Untuk harga, jentera ini boleh didapati pada harga bermula RM8,788.00, tidak termasuk insuran dan cukai jalan.
Dengan setiap pembelian model Brixton Crossfire 150 XS, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
GALERI:








- BACA: MFORCE LANCAR BRIXTON CROMWELL 1200. GAYA KLASIK, 83HP/108NM, RM55,888 SAHAJA UNTUK 100 PELANGGAN TERAWAL
- BACA: MFORCE LANCAR BX 150 FACELIFT 2021. 3 VARIAN, BERMULA RM10,488 SEUNIT
- BACA: KL BIKE SHOW 2023: CFMOTO 800NK ADVANCED, 99HP, HARGA BERMULA 38K
- BACA: KL BIKE SHOW 2023: SYM TUSCANY 150 RASMI DILANCARKAN, 11.4HP, HARGA BERMULA RM8.8K




