
KL BIKE SHOW 2023: CFMOTO 800NK ADVANCED, 99HP, HARGA BERMULA 38K
CFMOTO Malaysia hari ini melancarkan model terbaru iaitu 800NK Advanced dan boleh dimiliki pada harga bermula pada RM38,888 tidak termasuk insurans serta cukai jalan.
Tampil dengan gaya agresif, 800NK Advanced menawarkan pengalaman tunggangan dinamik dengan padanan ciri-ciri seperti klac slipper, suspensi terbalik boleh laras jenama KYB, tayar hadapan bersaiz 120/60-17 dan tayar belakang dengan 180/55-17.

Suspensi belakang pula menggunakan suspensi tunggal dan juga boleh dilaras memberikan kestabilan, terutama ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi memandangkan tidak wujudnya daya kilas.
Perincian lain termasuklah dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Smart Key System serta skrin TFT tanpa wayar bersaiz 8-inci.

Selain itu, sistem kemas kini OTA (Over-The-Air), membolehkan pengeluar mengemas kini perisian.
Beralih kepada kuasa, jentera baharu ini dijana oleh enjin silinder berkembar dengan sistem DOHC, menghamburkan 99hp pada 9,500rpm dan tork 81Nm pada 8,000rpm.
800NK Advanced hadir dengan dua pilihan warna iaitu:
- Zircon Black
- Nebula White
Model 800NK Advanced ini boleh didapatkan di mana-mana pengedar sah di Malaysia dalam masa terdekat ini.
GALERI:










- BACA: CFMOTO PAPI0 125 XO BAKAL TIBA DI PASARAN TEMPATAN PADA JUN. GAYAAN NEO-RETRO, 9.4HP, HARGA RM8.8K
- BACA: CFMOTO 700CL-X ADVENTURE (ADV) TIBA DI MALAYSIA APRIL 2023. 69HP, BERMULA RM35K
- BACA: CFMOTO 450SR LANCAR DI TURKIYE. MASUK MALAYSIA MINGGU INI, 59.6HP, BREK BREMBO, BERMULA RM29K SAHAJA!
- BACA:CFMOTO PERKENALKAN ENAM JENTERA BAHARU DI BEIJING INTERNATIONAL MOTORCYCLE SHOW



