Buletin

PEKERJA KILANG MAUT DIHEMPAP FORKLIFT

Seorang pekerja kilang pembungkusan maut selepas dihempap forklift dipandunya sendiri dalam kejadian di Bukit Raja.

Mangsa berusia 18 tahun maut akibat kecederaan parah di kepala.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.35 tengah malam.

Katanya, bomba tiba di lokasi kejadian mendapati seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dihempap jentera forklift.

“Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala berjaya dikeluar anggota bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM),” jelasnya. –KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button