Buletin

KLIMS 2018: HONDA PERKENAL MODEL HR-V RS

Honda membuka tirai Kuala Lumpur International Motorshow 2018 (KLIMS) dengan memperkenalkan tiga model penting mereka dengan konsep terkini. Ia adalah CR-V, HR-V dan Jazz.

Setakat hari ini, sebanyak 72,200 unit Honda HR-V telah terjual di Malaysia menjadikan ia antara sebuah SUV paling laris dalam pasaran dan pada kali ini, Honda Malaysia mempamerkan HR-V RS dengan asas warna merah.

Ia menampilkan kemasan lebih sporty dengan lampu LED dan DRL baru, begitu juga lampu belakang LED yang baru.

HR-V RS didatangkan dengan rim 18 inci dua tona, grill hadapan lebih sporty, bampar hadapan dan belakang baru, handle pintu krom, pemegang nombor pendaftaran krom gelap, side sill sporty.

Mungkin yang paling menyerlah ialah bahagian kabin yang kini dipadankan dengan salutan kulit ivory, lebih cerah.

GALERI

Google ads
Back to top button