Artikel PilihanBuletin

KOS MAHAL! REMAJA DI UK SEMAKIN KURANG AMBIL LESEN

Jika ada satu perkara yang kita perlu cemburu tentang harga kereta di United Kingdom (UK) atau Amerika Syarikat (AS) ialah harga kereta. SALAH.

Perkara yang kita patut kejar ialah tingkatkan ekonomi supaya taraf hidup tinggi seperti negara maju.

Harga kereta di UK dan US nampak mampu milik kerana nilai wangnya besar. Sebagai contoh, pelancong dari negara maju datang melancong ke negara kita, segala-galanya nampak murah. Tetapi apabila kita ke sana, harga setin minuman ringan sahaja sudah ibarat sepinggan harga nasi goreng di sini.

Walaupun harga kereta di UK lebih mampu milik berbanding pendapatan di sana namun itu tidak bermakna segala-galanya mampu milik.

Sebagai contoh, kajian terbaru yang dibuat oleh laman web konsumer dalam bidang automotif iaitu www.HonestJohn.co.uk mendapati remaja di sana sudah malas hendak mengambil lesen memandu.

Berikut ialah dapatan kajian:

  • Jumlah remaja berusia 17 mengambil ujian praktikal memandu telah berkurangan sebanyak 100,000 sejak 2007 hingga 2008
  • Jumlah remaja berusia 25 tahun ke bawah yang belajar memandu pula jatuh 20 peratus
  • Jumlah penurunan purata terbesar bagi remaja yang mengambil ujian praktikal memandu dicatatkan di East Sussex iaitu sebanyak 61 peratus
  • Kedua ialah di County Bristol dengan penurunan 45 peratus
  • Cambridgeshire dan the Vale of Glamorgan pula ketiga dengan 40 peratus
  • Terakhir sekali di Worcestershire, dengan penurunan 39 peratus berbanding 2007- 2008

Berikut pula ialah punca penurunan minat tersebut:

  • Pemandu remaja yang tinggal di bandar yang menggunakan kereta hatchback bernilai GBP 8,000 (RM 44,173) boleh dikenakan insurans komprehensif 12 bulan sehingga menjangkau GBP 13,498 (RM 74,527)
  • Pemandu remaja yang tinggal di pinggir bandar pula perlu membayar sehingga GBP 8,750 (RM 48,313) – Lebih murah berdasarkan struktur insurans UK
  • Peningkatan kos insurans adalah punca utama remaja melengahkan keputusan mengambil lesen
  • Selain daripada kos insurans yang tinggi, secara puratanya mereka yang baru mengambil lesen memerlukan wang sebanyak GBP 1,529 (RM 8,443) – Menurut Jabatan Pengangkutan UK, 47 jam tuisyen profesional diperlukan bagi mendapatkan lesen UK

Rekod Agensi Piawaian Kenderaan dan Pemandu UK pula mendapati walaupun purata kadar kelulusan ujian telah meningkat dari 44 hingga 47 peratus berbanding tempoh 2007 – 2008 namun jumlah keseluruhan ujian yang diambil jatuh mendadak dari 1.8 juta kepada 1.5 juta di mana majoritinya terdiri dari golongan muda.

Pengarah Urusan HonestJohn, Daniel Powell berkata “Secara ringkasnya, golongan remaja terhalang untuk belajar memandu disebabkan faktor kos. Sepuluh tahun lepas, kebiasaannya remaja berusia 17 tahun akan terus mendaftar untuk mengambil sejurus mereka layak, berbeza dengan hari ini, kebanyakan orang muda tidak mampu untuk memilikinya”

Berikut ialah lima lokasi dimana mereka yang berusia 25 tahun ke bawah mengalami penurunan untuk mengambil lesen

  1. East Sussex – 61%
  2. County of Bristol – 45%
  3. Cambridgeshire – 40%
  4. Vale of Glamorgan – 40%
  5. Worcestershire – 39%

Lagi artikel menarik untuk dibaca:

AKIBAT MEMANDU SELAJU 243KM/J DALAM TEROWONG, LESEN MERAKAM FILEM KREW TOP GEAR DITARIK BALIK

JPJ BANTU GOLONGAN MISKIN-MOHON LESEN B2 DENGAN HANYA RM100

Google ads
Back to top button