BuletinMotosikal

AKHIRNYA… YAMAHA NVX 155 DILANCARKAN SECARA RASMI – RM10,500

Ini mungkin skuter yang paling ditunggu-tunggu dalam pasaran hari ini. Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini melancarkan Yamaha NVX. Umum mengetahui bahawa hanya Malaysia sahaja yang belum menerima model ini. Berbeza dengan negara jiran dengan tiga spesifikasi, di Malaysia dengan pasaran yang lebih kecil, HLYM membuat keputusan untuk menawarkan satu spesifikasi sahaja.

Berbeza dengan NMAX sebagai tipikal skuter urban kecil moden, NVX pula adalah versi sporty dengan pelbagai ciri tambahan yang menarik. Antaranya ialah sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan paparan LCD pada instrumen 5.6 inci dengan pelbagai info.

NVX juga dipasangkan dengan tayar yang lebih lebar – 140/14, antara yang terbesar dalam kategorinya. Tangki bahanapinya berkapasiti 4.6 liter sementara lampu utama dan belakangnya menggunakan LED sepenuhnya. Ini sekaligus menjadikannya sebagai varian tertinggi yang diperkenalkan di negara ini

Ia juga merupakan motosikal pertama Yamaha Malaysia yang mendapat pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV)

HLYM mensasarkan jualan sebanyak 600 unit sebulan, angka yang realistik memandangkan jualan purata kembarnya NMAX ialah sekitar 400 ke 500 sebulan.

NVX 155 berharga RM10,500 seunit (termasuk GST).

Berikut ialah ciri-ciri NVX

1) Didatangkan dengan lampu depan dan belakang LED.
2) Brek depan besar dilengkapi dengan system ABS.
3) Fork depan lebih besar bersaiz 26mm untuk tunggangan lebih mantap.
4) Ruang simpanan di bawah pelana bersaiz 25 liter yang boleh memuatkan dua helmet.
5) Ruang simpanan mini bersama soket elektrik untuk mengecas telefon.
6) Dilengkapi skrin LCD 5.8 inci.
7) Sistem kunci pintar (keyless) dengan immobilizer
8) Didatangkan dengan Sistem Start\Stop yang membantu kecekapan bahan api. Sistem ini akan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
9) Pemegang belakang bersepadu menjadikan reka bentuk lebih moden dan dinamik.
10) Tayar tubeless bersaiz 110/80-14 di depan dan 140/70-14 di belakang.
11) Tempat penutup tangki minyak tertutup rapi dengan cirri keselamatan.

ENJIN:
NVX 155 lengkap dengan VVA (variable valve actuation) dengan gabungan teknologi Bluecore.

SPESIFIKASI NVX 155:
Enjin: SOHC 4-lejang, penyejukan cecair, silinder tunggal
Nisbah Mampatan: 10.5: 1
Sesaran: 155 cc
Kuasa maksimum: 11 kW (15 PS) @ 8000 rpm
Tork maksimum: 13.8 Nm @ 6250 rpm
Sistem penghidup: Elektrik
Sistem minyak: Pancitan bahan api
Jenis transmisi: V-belt automatik
P x L x T: 1,990mm X 700mm X 1, 125mm
Jarak roda: 1, 350mm
Berat: 118kg
Saiz tangki: 4.6L
Jenis rangka: Underbone
Suspensi depan: Fork after/ spring/ peredam hidraulik
Suspensi belakang: Spring penyerap hentak/peredam hidraulik
Tayar depan: 110/80-14M/C 53P
Tayar belakang: 140/70-14M/C 62P
Brek depan: Cakera, 230mm
Brek belakang: Brek dram 130mm

Galeri tambahan sila klik DI SINI

 

Google ads
Back to top button