Artikel Pilihan

KOS UNTUK MENGECAT FORD GT MENGIKUT WARNA PILIHAN ANDA – RM126,000 SAHAJA

Ford GT 2017 ialah sebuah supercar hebat yang berharga RM2.5 juta dengan lambakan teknologi terkini untuk membantu pemanduan. Ia memang satu hasil kejuruteraan unggul daripada pengeluar yang juga mengeluarkan Ford Fiesta dan Ford Ranger kepada anda.

Di atas katalog, Ford cuma memberikan lapan pilihan warna untuk supercar mereka, Ford GT 2017. Tapi buat masa sekarang terdapat beberapa Ford GT yang ada di atas jalan di seluruh dunia dengan warna-warna custom.

Kat mana mereka cat? Ke main tampat stiker je? Rupa-rupanya Ford memang sanggup mengecat Ford GT pelanggan dengan apa sahaja warna yang diinginkan asalkan mereka sanggup membayar kos yang ditetapkan iaitu USD30,000 (RM126,000). Mahal ke? Boleh tahan kerana anda boleh mendapatkan sebuah Honda Civic baru dengan harga tersebut.

Ia memang sangat mahal untuk menukar warna sebuah kereta. Tapi itulah uniknya industri permotoran khususnya kereta-kereta super dengan kos cat custom yang boleh mencecah enam angka. Contohnya warna hijau custom Porsche yang menjadi pilihan pemilik ini.

Pada bulan Ogos baru-baru ini, sebuah Ford GT hijau dengan jaluran perlumbaan berwarna hitam telah dihantar bersama sebuah lagi Forg GT dengan warna ‘Beryllium Orange’ ke Arkansas. Warna oren tersebut merupakan warna custom yang disalin daripada warna satu lagi supercar terkenal, Saleen S7.

BACA: PILIHAN WARNA HITAM ROLLS-ROYCE GHOST INI SAMA HARGA DENGAN SEBUAH MYVI

Selain daripada itu terdapat juga sebuah Ford GT dengan warna Riviera Blue GT yang mengambil contoh warna Porsche dan sebuah lagi dicat dengan warna Verde Mantis iaitu warna hijau terang kepunyaan Lamborghini.

Inilah kelebihan membeli kereta-kereta super mewah, pilihan warna dan kemasan yang ditawarkan memang tidak terhad. Ini tidak asyik-asyik warna merah, kuning, hitam, putih, merah, kuning, hitam, putih.

Agak-agak kalau kita tempah Ford GT dengan warna kuning Myvi berapa pulak kosnya ya?

Google ads
Back to top button