Motosikal

KOTAK BARANG YAMAHA TOP CASE CITY 30

 

Yamaha Motor baru sahaja melancarkan kotak penyimpanan barang yang dikenali sebagai TOP CASE City 30. Kotak ini dijangka mula berada di pasaran mulai Ogos.

batch_Yamaha-TOP-CASE-City-30-mekanika2

Aksesori baharu itu direka untuk dipasang pada motosikal dan skuter kecil. Ia juga menjadi pelengkap kepada kotak versi TOP CASE City 50 dan 39 yang sudahpun ada di pasaran.

Jualan siri kotak TOP CASE City 50 dan 39 bermula di pasaran Eropah pada tahun 2012. Reka bentuknya yang kemas, kualiti dan kefungsian telah membuatkannya begitu popular dalam kalangan pengguna di Eropah, Jepun serta pasaran-pasaran lain.

batch_Yamaha-TOP-CASE-City-30-mekanika1

Ciri-ciri TOP CASE City 30:

  1. Reka bentuk bergaya untuk dipadankan dengan model-model Yamaha. Direka oleh pereka bentuk kereta
  2. Ruang luas untuk mengisi topi keledar muka penuh, jaket dan sarung tangan.
  3. Boleh dibuka/tutup tanpa kunci atau dikunci apabila diperlukan
  4. Menggunakan tapak khas yang membolehkannya dipasang terus ke atas carrier aluminium tulen Yamaha.
  5. Dimensi: Lebar (380mm), kedalaman (330mm), tinggi (300mm), berat (2,350g), beban maksimum (3kg).
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button