Motosikal

MV AGUSTA DEDAH F4Z DI TWITTER & FACEBOOK

Model MV Agusta yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini akhirnya didedahkan. Lebih memeranjatkan, ia hadir lebih awal daripada debut yang dijadual pada 4 September depan.

batch_MV-Agusta-F4Z-teaser

Foto tersebut didedahkan oleh MV Agusta di laman media Facebook dan Twitter miliknya. Terdahulu, pengeluar motosikal itu ada menyiarkan dua klip video yang menunjukkan jentera tersebut dalam kondisi lampu malap.

Sedia maklum bahawa jentera itu adalah hasil kerjasama di antara MV Agusta dan firma reka bentuk Zagato yang berpangkalan di Milan, Itali. F4Z menggunakan superbike MV Agusta F4 sebagai platformnya.

batch_082616-mv-agusta-f4z-render-f

Sehingga kini, MV Agusta masih belum mendedahkan perincian rasmi mengenai F4Z. Ramai yang menjangkakan ia akan menjadi model untuk sekali keluaran sahaja.

Masih belum jelas juga sama ada ia akan menjadi petanda kepada proses naik taraf model F4 sedia ada atau sebaliknya.

Antara perubahan ketara F4Z ialah ekzos yang diletak lebih ke bawah. Trend industri motosikal sekarang ialah meletakkan ekzos di bahagian bawah. MV Agusta nampaknya sudah mengaplikasikan rekaan itu ke atas semua model keluarannya.

Eh, kejap.. bukan hari tu MV Agusta dah isytihar bankrap?

Google ads
Back to top button