Buletin

KUTIPAN TOL DI LEBUHRAYA DASH BERMULA 1 DISEMBER 2022. KADAR TOL SAMA DI SEMUA PLAZA TOL, KENDERAAN KELAS 1 RM2.30

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd, syarikat pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) memaklumkan bahawa kutipan tol akan bermula pada Khamis, 1 Disember 2022 jam 12.01 tengah malam.

Pada Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya DASH 13 Oktober lalu, kerajaan telah mengumumkan lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer itu dibuka kepada pengguna secara percuma selama 48 hari bermula 14 Oktober sehingga 30 November 2022.

Kadar tol yang sama akan dikenakan kepada pengguna di ketiga-tiga plaza tol Lebuhraya DASH iaitu Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol Kota Damansara mengikut kelas kenderaan seperti berikut:

Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya iaitu menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID. Sehubungan itu, pengguna disarankan agar memastikan baki kad Touch ‘N Go serta e-wallet mencukupi sebelum memasuki Lebuhraya DASH.

Bahagian Operasi Lebuhraya DASH akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak.

Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lancar.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi DASH hotline di talian 1 300 88 5522.

Google ads
Back to top button