Buletin

PERANCAH BESI LEBUH RAYA DASH RUNTUH, 2 PEKERJA BANGLADESH CEDERA

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd., pemaju projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) mengesahkan berlaku insiden perancah besi atau scaffolding jatuh dalam kawasan tapak pembinaan lebuh raya DASH berhampiran Kota Damansara lewat petang semalam.

Dalam kejadian tersebut, dua pekerja warga Bangladesh cedera dan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan. Kedua-dua mangsa yang berusia 20-an dan 40-an cedera selepas terkena serpihan batu konkrit dan kerangka besi. 

Insiden tidak membabitkan pengguna lebuhraya atau orang awam kerana ia berlaku di dalam kawasan pembinaan tertutup.

Pasukan Emergency Response Team (ERT) DASH telah berada di tapak kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan perancah besi yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, arahan pemberhentian kerja di tapak pembinaan telah dikeluarkan dengan serta merta. Pihak pemaju dan kontraktor utama terlibat akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib dalam melakukan siasatan. – Berita Harian

Google ads
Back to top button