Artikel Pilihan

FINLAND TUTUP LEBUHRAYA SEPANJANG 4.5KM, ADAKAN LATIHAN PENDARATAN PESAWAT

Awal minggu ini, Finland yang merupakan sebuah negara yang berjiran dengan Russia telah mengadakan latihan ketenteraan mengejut dan menutup lebuhaya sepanjang 4.5 kilometer bagi membolehkan tentera udara Findland mendaratkan pesawat pejuang di tengah-tengah lebuhraya.

Sebanyak 200 pegawai pelbagai pangkat, pesawat pejuang F/A18 Hornet, Hawk Mk51 dan beberapa pesawat pejuang yang lain terlibat dalam latihan ketenterraan ini. Latihan ini melibatkan penyediaan lebuhraya sebagai landasan, pelepasan pesawat, pendaratan, servis dan pengisian bahan api dalam keadaan enjin pesawat masih aktif

Colonel Vesa Mantyla, pegawai pemerintah Finnish Air Force Academy melaporkan bahawa semua jalan yang digunakan berada dalam keadaan baik. Malah semua jalanraya dan lebuhraya Finland telah direka untuk digunakan sebagai landasan kapal terbang dalam situasi kecemasan dan pertahanan negara.

Disebabkan latihan perang ini, 7000 pemandu terpaksa menggunakan laluan alternatif lain yang mengambil masa sehingga sejam perjalanan. Pencerobohan Russia atas Ukraine telah meningkatkan ketegangan di negara Nordic yang bersempadan dengan Russia.

People fuel an F/A-18 Hornet fighter jet, in a motorway, in Joutsa, Finland September 28, 2022. REUTERS/Janis Laizans

Malah tindakan Finland dan Sweden yang meminta untuk menjadi anggota NATO menyebabkan Russia menjadi berang. Walaupun perang mesti dielakkan dalam semua keadaan, kesiapsiagaan pasukan keselamatan Finland mestilah dalam keadaan yang terbaik bagi menghadapi sebarang kemungkinan

Lebuhraya ini telah diitutup selama 5 hari bagi membolehkan latihan tentera berjalan lancar di Joutsa, Central Finland. Latihan sebegini telah tidak dilakukan selama 20 tahun disebabkan kepentingan jalan ini sebagai jalan utama

Google ads
Back to top button