Buletin

LAMBORGHINI CATAT REKOD JUALAN TERBAIK DALAM SEJARAH

Menjual kereta supercar pada harga mencarut pada pasaran premium bukanlah benda yang mudah untuk dibuat. Buat supercar pula bukan seperti menjual Bezza, ia mahal untuk dibangunkan dan kerana itulah Lotus tu macam hidup segan-segan sahaja.

Tapi alkisahnya dengan Lamborghini, mereka antara syarikat yang membuat untung besar bagi pasaran ini. Tahun lalu, Automobili Lamborghini mencatat jualan paling tinggi dalam sejarah – 3,457 buah berjaya diserahkan kepada pembelinya.

BACA: LAMBORGHINI WIDE BODY LIBERTY WALK

BACA: ULTRA RARE VENENO COUPE, 4 BUAH SAHAJA

Tiga ribu pun kecoh? Ya. Bukan sahaja mereka boleh berbangga dengan pencapaian sejak ditubuhkan, ironinya Lamborghini hanya menjual dua model sahaja, Huracan dan Aventador.Ia adalah peningkatan 7 peratus berbanding prestasi jualan tahun 2015.

huracan

Ini adalah peningkatan berturut-turut dalam tempoh 6 tahun. Jualan tertingginya adalah dari model Huracan dengan 2,353 unit diikuti Aventador 1,104 unit.

Majoriti pasaran kereta ini ialah Amerika Syarikat, 1,041 unit terjual di sana. Menurut Stefano Domenicali, CEO LAmborghini, prospek juga meningkat bagi pasaran benua Eropah, Timur Tengah dan Asia Pasifik.

Beliau juga yakin dengan kehadiran model SUV mereka-Urus tahun depan, prestasi Lamborghini akan lebih konsisten. Urus dijangka akan dipasarkan dengan dua varian berbeza. Enjin Porsche 4.0-liter twin-turbo V8 dan satu lagi varian plug-in hybrid

 

Google ads
Back to top button