Motosikal

TRIUMPH PERKENAL RANGKAIAN STREET TRIPLE “S”, “R” DAN “RS” BAHARU

Tidak dinafikan, Triumph adalah contoh kebangkitan syarikat motosikal yang hampir lingkup, kini berjaya bangun menentang industri. Triumph berjaya memecahkan monopoli motosikal middleweight dari Jepun semenjak memperkenalkan rangkaian dari enjin 3 selindernya 10 tahun yang lalu.

Street Triple bukan sahaja sebuah motosikal naked/street kecil yang memenuhi kekosongan dalam industri malah menjadikannya enjin tiga selinder terbaik dalam pasaran. Mereka juga telah “memaksa” pemain utama seperti Yamaha menghasilkan MT-09 dan MV Agusta dengan Brutale. Padahal 10 tahun lepas, siapa saja yang pandang enjin 3 selinder ni?

Ia adalah antara motosikal paling laris di Eropah. Kini, setelah 10 tahun tanpa pembaharuan besar, Triumph menampilkan model gantian Street Triple dengan gandingan 3 varian utama, Street Triple S, Street Triple R dan Street Triple RS.

BACA:

BACA:

street triple meter

Kesemuanya berkongsi nadi  tiga selinder 765cc dengan lebih 80 peralatan baru termasuklah aci engkol, barel aluminium yang diselaputi Nikasil serta gerek dan lejang yang dibesarkan (78mm X 53.4mm). Menurut mereka, ia memberi tujahan kuasa lebih baik pada RPM rendah dan sederhana.

Walaupun berkongsi enjin yang sama, setiap varian ini dilaraskan mengikut keperluan berbeza. Talaan komputer enjin, talaan suspensi, elektronik dan tayar juga dipadankan dengan spesifikasi berlainan.

Apa yang lebih menarik, walaupun dibekalkan dengan enjin yang lebih besar sesaran berbanding model sebelumnya (675cc – 765cc), motosikal ini lebih ringan. Ia cuma seberat 166kg. Inilah resepi penting sebuah Street Triple, ringan, tork tinggi dan pengendalian yang cemerlang.

STREET TRIPLE S

street triple S

“S” merupakan model asas. Ia direka untuk keperluan tunggangan harian. Model ini memiliki 6.6 peratus lebih kuasa kuda berbanding sebelumnya. Tork pula lebih 7.3 peratus.

Walaupun diletakkan sebagai model asas, Street Triple S juga ada pilihan kepada bakal pembeli seperti sistem ABS, tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa dan suspensi Showa. Lengan ayun belakang direka dengan rekabentuk gullwing baru.

STREET TRIPLE R

sgtreet triple r

“R” pula lebih mengutamakan keseronokan tunggangan. Bukan sekadar perbezaan kosmetik, enjinnya juga dipadankan dengan aci engkol rekaan khas, meningkatkan kuasanya kepada 116 kuasa kuda dan tork 77Nm.

Street Triple R datang dengan ciri standard suspensi Showa dengan fungsi bolehlaras sepenuhnya. Sistem breknya pula daripada Brembo dengan 4 omboh di depan.

Selain itu, ia dipasangkan dengan papan instrumentasi TFT, klac bantuan, tambahan mod tunggangan, indikator self-cancelling dan sistem ABS yang boleh dipadamkan.

STRET TRIPLE RS

street triple RS

“RS” merupakan flagship  bagi model Street Triple baru ini. Ia direka khusus untuk penunggang yang agresif. Enjinnya menghambur 121 kuasa kuda dan tork lebih 13 peratus berbanding Street Triple R.

Street Triple RS datang dengan brek Brembo M50 monoblok 4 omboh, suspensi Showa 41mm jenis USD dan suspensi Ohlins STX40 di belakang (yang boleh dilaras sepenuhnya).

Ia juga dilengkapi mod pemanduan tambahan iaitu “track”, didatangkan dengan quickshifter, lap timer, tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP, belly pan dan perumah pelana belakang.

Belum ada sebarang harga diumumkan. Motosikal ini akan mula diedarkan di Eropah pada bulan hadapan. Triumph turut menawarkan pilihan tambahan 60 aksesori berbeza untuk model baru ini kepada bakal pembeli.

 

 

 

Google ads
Back to top button