BuletinModifikasi

LELAKI INI IMPORT TIGA UNIT R34 GTR – INILAH SEBABNYA HARGA SKYLINE SEMAKIN MAHAL

Ini adalah video mengenai seorang lelaki dari Vancouver, Kanada yang baru sahaja menerima bukan satu, bukan dua, tetapi TIGA unit Nissan Skyline R34 yang diimport masuk dari Jepun. Ia membuktikan kegilaan JDM yang menular keseluruh benua kini terus berkembang dan sudah tentu, sumber kereta-kereta JDM ini adalah dari Jepun sahaja.

Nissan Skyline GT-R R34 tidak pernah dieksport secara rasmi, ia adalah model pasaran domestik Jepun dan model pertamanya yang dikeluarkan pada tahun 1999 kini hampir berusia 20 tahun. Jika usia lazimnya menjadikan kereta jatuh harga, ia terkecuali bagi model-model eksotik dan terhad seperti yang anda saksikan ini.

BACA: PERJUMPAAN SKYLINE TERBESAR DI TANAH ARAB

BACA: TERIMA KASIH NAKAMURA-SAN HASILKAN GT-R!

Ketiga-tiga Skyline ini adalah dari varian yang berbeza. Unit pertama, berwarna biru adalah versi V Spec dengan warna ikonik “bayside Blue”. Kereta ini datang dengan hud hadapan gentian karbon, rim VR TE37 biru magnesium dan sayap GT Voltex.

Enjin? RB26DETT yang sudah diubahsuai dengan sistem turbo tunggal dari HKS T04Z dengan paip keluli tahan karat dan…630 kuasa kuda.

Unit kedua yang berwarna putih itu pula ialah varian V Spec II dan yang berwarna kelabu itu pula dari model V Spec. Berbeza dengan model pertama bayside blue tadi, kedua-dua model ini lebih lembut. Dari luar, ia hanya dipakaikan dengan rim VR TE37 Superlap. Sementara sedikit sentuhan di bahagian dalaman dengan kerusi Recaro.

Tapi nanti dulu. Beliau bukan hanya membawa masuk kereta, tetapi dalam kontena yang sama, terdapat puluhan lagi peralatan aftermarket seperti Rim Rays Volks Racing (lagi), pelbagai jenis suspensi dan paling rare ialah kerusi bucket NISMO, Abang Japar tak pernah tengok lagi kerusi ni!

 

 

Tags
Google ads
Back to top button