
NAK CARI KERETA “RECOND?” NAZA WORLD ADA PROMOSI “GREAT DEALS” YANG MENARIK
NW Motors, dahulunya dikenali sebagai Naza Motor Trading menganjurkan kempen “Great Deals At The Right Time, Buy Now And Save Even More” yang memberi fokus kepada kereta-kereta recond mewah di bawah satu bumbung.
Lama sebelum kewujudan pengedar kereta recond tempatan, Naza adalah antara yang terawal membawa masuk kenderaan terpakai mewah dari luar negara, terutamanya Jepun dan UK sebagai pilihan kepada pembeli.
BACA: HONDA MALAYSIA GANTI BEG UDARA KERETA RECOND
Promosi ini akan berlangsung bermula Hari ini, 20 Mei 2017 hingga 25 Julai 2017, bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Para pelanggan boleh memilih model popular seperti Toyota Vellfire, Toyota Estima, Toyota Harrier, Toyota FJ Cruiser, Toyota Wish dan Nissan Elgrand yang terdiri dari pelbagai versi, varian dan kondisi bergantung kepada bajet.
Kenderaan ini boleh didapati di kedua-dua pusat pameran NW Motors di Petaling Jaya dan juga Kuala Lumpur.
Dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam industri recond kereta mewah, NW Motor juga menawarkan konsultasi kenderaan yang hendak dibeli, begitu juga dengan tawaran pinjaman dengan kadar faedah menarik. Di samping itu, NW World mempunyai panel bank sendiri dengan kadar kelulusan yang pantas.
Untuk maklumat lanjut, NW World boleh dihubungi di talian 1-800-88-9908 atau email [email protected]