Artikel Pilihan

HONDA TYPE R MUNGKIN MASIH WUJUD DALAM ERA EV TAPI ADA SYARATNYA

Penasihat teknikal Honda, Ko Yamamoto menyatakan yang mereka akan terus memperkenalkan  model Type R dalam era EV jika ia memenuhi satu syarat iaitu: keseronokan pemandu. Ya tuan-tuan, model-model Type R ini kesemua mempunyai ciri yang sama, seronok dipandu dan bukannya seronok untuk bawa awek jalan-jalan.

Dalam temubual bersama Autocar, Yamamoto menjelaskan yang Type R berkuasa elektrik mesti berkemampuan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang sama dengan Civic Type R sekarang untuk terus wujud dalam era EV.

Salah satu sifat Type R ialah ia menawarkan keseronokkan pemanduan dalam mengoperasikan kendera. Jika model elektrik mampu memberikan perkara yang sama, ia layak diberi gelaran Type R, demikian jelas Yamamoto.

Salah satu contoh terbaik tentang elemen-elemen  yang disebutkan boleh didapati pada Civic Type R FL5 generasi terbaru.

Civic Type R terbaru berjaya mencatat rekod sepusingan terpantas untuk kereta FWD di litar Nurburgring dengan catatan masa 7:44.881 saat. Yamamoto tidak menyatakan yang Type R EV mesti mengatasi model berkuasa ICE tetapi ia mesti menawarkan keseronokkan yang sama.

Sebenarnya tak ada jaminan yang Type R akan datang berkuasa elektrik sepenuhnya. Malah Honda sendiri percaya masih ada harapan untuk enjin ICE dengan teknologi e-fuel. Tapi kalau terpaksa menggunakan EV sepenuhnya mereka tiada masalah, janji syarat di atas mesti dipenuhi.

Hmm…habis tu macam mana dengan bunyi VTEC akan datang. Keluar dari pembesar suara la kot?

Google ads
Back to top button