Artikel PilihanBuletin

LIMOSIN ESCALADE SYLVESTER STALONE INI MUNGKIN MENJADI MILIK ANDA DENGAN HARGA RM1.5 JUTA

Kalau ada mana budak yang tak kenal dengan Sylvester Stalone ataupun Sly ataupun Rambo, Rocky dan sebagainya, jangan berkawan dengannya sebab dah sah-sah dia minat tiktok ataupun hero-hero moden yang serba lembik (contohnya Spiderman dengan muka macam Bill Gates masa belum baligh). Stalone merupakan aktor filem aksi zaman lama yang serba ganas dan straight to the point. Tak payah nak bunga-bunga sangat.

Kalau dah namanya superstar Hollywood, mana boleh ada koleksi kereta yang biasa-biasa. Limosin? Bersepah kat Hollywood dan Stalone ada sebuah Cadillac limosin untuk dijual.

Sebelum ini kami dah siarkan tentang RAV4 dan Ferrari Modena limosin tapi hasilnya memang nampak haram tak kena tempat. Pelik, kelakar dan macam-macam lagi. Tapi limosin Stalone ni memang nampak kemas dan macam standard kilang.

Kereta yang direka oleh Becker Auto Design ini memang sesuai untuk kegunaan aktor kelas A Hollywood dan ianya juga ditawarkan untuk jualan dengan harga USD350,000 (lebih kurang RM1.5 juta).

Menurut Becker Design, Cadillac Escalade ini memang direka dengan cukup teliti dan diberi perhatian yang khusus. Ia dipanjangkan hampir 20 inci berbanding asal untuk memuatkan semua otot Rambo yang korang tahulah macam mana kan?

Pintu belakangnya juga turut dipanjangkan untuk kemudahan keluar masuk tapi pada masa yang sama masih nampak macam standard. Dari luar memang nampak standard habis termasuklah rim yang digunakan.

Lain pula ceritanya di bahagian dalam yang memang kalau tak kurang pun jauh lebih mewah dari pesawat peribadi biasa. Ia bagaikan gabungan sistem teater rumah yang besar dan pejabat bergerak. Dua tempat duduk VIP berada di bahagian belakang dan tiga lagi tempat duduk diletakkan berhadapan dengan tempat duduk VIP.

Sistem teater rumah termasuklah sebuah TV bersaiz 43 inci, unit paparan 12 inci, sistem autmasi Creston dan sistem muzik digital 7.1. Kereta ini turut dilengkapi dengan router yang boleh memuatkan 2 kad sim dalam satu masa, langsir elektrik sepenuhnya dan meja lipat dengan kemasan kayu berkilat dari Jepun.

Jadi kalau mampu apa lagi. Inilah peluang untuk merasai kemewahan ala Rocky Balboa. Tapi kalau dah beli jangan pula pandu sendiri, nanti orang ingat drebar la pulak kan?

Google ads
Back to top button