Buletin

LIVERY BAHARU F1 UNTUK PASUKAN BWT ALPINE DIDEDAHKAN. SAHIH RAMAI ORANG PEREMPUAN SUKA WARNA NI

Pasukan BWT Alpine Formula One Team yang akan memulakan aksi dalam perlumbaan FIA Formula One Championship (F1) telah memperkenalkan livery baharu jentera A525 yang bakal digunakan untuk musim ini di F175 Live di London, United Kingdom.

Warna pasukan untuk musim 2025 ini menggabungkan biru Alpine yang cukup ikonik berserta warna merah jambu untuk Title Sponsor BWT untuk menghasilkan kombinasi yang menarik perhatian dan bersedia untuk menghadapi 24 perlumbaan global, merangkumi lima benua sepanjang musim F1 2025 ini.

Malah pasukan BWT Alpine Formula One Team turut mengalukan dengan memperkenalkan secara rasmi rakan penaja baharu, Eni dan MSC.

Bersama sembilan pasukan lain di Arena O2 Londo yang berkapasiti 15,000 untuk F175 Live, acara untuk meraikan Ulang Tahun ke-75 sukan itu yang turut dihadiri oleh Prinsipal Pasukan Oliver Oakes serta pemandu pasukan Oliver Oakes dan Jack Doohan turut naik ke pentas ketika memperkenalkan livery baharu jentera A525.

Ketiga – tiga mereka berada di atas pentas turut ditemani Brian Tyler, composer yang merupakan calon anugerah Emmy bersama artis yang mempersembahkan lagi tema rasmi F1, Supernova.

Pada sebelah awalnya, pasukan BWT Alpine Formula One Team secara eksklusif telah mendedahkan livery mereka kepada rakan kongsi pasukan dan media di seluruh dunia dalam satu acara di Shoreditch, London. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Renault Luca de Meo berucap kepada hadirin bersama Penasihat Eksekutif Flavio Briatore dan Oliver Oakes, manakala Pengarah Teknikal Eksekutif David Sanchez turut memberikan pandangan tentang pembangunan teknikal dan rancangan untuk A525.

Ia juga merupakan kali pertama pasukan itu mengumumkan senarai penuh pemandunya untuk tahun ini dengan duo Oliver Oakes dan Jack Doohan di atas pentas dengan trio Pemandu Ujian dan Simpanan: Paul Aron, Ryo Hirakawa dan Franco Colapinto. Selepas acara petang di Shoreditch, Oliver Oakes dan Jack Doohan tiba dengan bergaya ke Arena O2 untuk acara F175 Live dengan menaiki Alpine A290 kereta bandar sporty elektrik 100% yang juga merupakan pemenang anugera 2025 Car of the Year.

BACA : PEMANDU F1 BOLEH DIGANTUNG PERLUMBAAN JIKA MENGKRITIK FIA – MENCARUT LAGI TAK BOLEH

BACA : INI BEZA ENJIN V6 F1 DENGAN ENJIN V6 KERETA BIASA

Google ads

B K

Back to top button