
NAZA AUTOMANIA CARNIVAL VOL.1 SEDIA PELBAGAI TAWARAN EKSKLUSIF, BERLANGSUNG 21-23 FEBRUARI 2025
Para peminat automotif dan pemburu tawaran hebat bakal disajikan dengan acara jualan luar biasa menerusi Naza Automania Carnival Vol.1, yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 Februari 2025 di Naza Automall, Petaling Jaya.
Acara ini akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang, menjanjikan pengalaman membeli-belah yang mengujakan dengan pelbagai tawaran eksklusif dari jenama mewah dan berprestij.
Naza Automall kali ini berganding bahu dengan Ducati, Maserati, Suzuki dan Mercedes-Benz untuk memberikan harga yang sukar dilepaskan kepada para pelanggan.

Berikut antara tawaran menarik yang menanti anda:
- Mercedes-Benz EQA dengan harga bermula RM12X,XXX sahaja
- Pakej servis eksklusif selama 8 tahun untuk kenderaan Maserati
- Toyota Alphard pada harga serendah RM17X,XXX sahaja
- Unit terpakai Suzuki dengan harga bermula dari RM8X,XXX
- Potongan harga 50% untuk pakaian Ducati
- Penjimatan besar-besaran merangkumi semua jenama yang mengambil bahagian!
Dengan tawaran masa terhad ini, Naza Automania Carnival Vol.1 menjanjikan pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilepaskan oleh peminat automotif.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kenderaan impian anda dengan harga terbaik di pasaran!
Kunjungi Naza Automall, Petaling Jaya dari 21 hingga 23 Februari 2025 untuk menikmati tawaran eksklusif ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau saluran media sosial Naza Automall.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
- BACA: MICHAEL OWEN JADI PELANGGAN PERTAMA LEAPMOTOR DI UK, TERIMA SUV ELEKTRIK C10
- BACA: BOSCH MOBILITY AFTERMARKET DEDAH LAPAN PRODUK BAHARU UNTUK PASARAN MALAYSIA
- BACA: HARMONY AUTO PERKENAL BILIK PAMERAN DENZA PERTAMA DI MALAYSIA
- BACA: PENGGABUNGAN HONDA-NISSAN: HARAPAN MASIH ADA JIKA CEO NISSAN BERUNDUR


