
BHPETROL DAN TNB LANCAR PENGECAS TNB ELECTRON 200KWH
BHPetrol Malaysia, dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah melancarkan stesen pengecasan elektrik (EC) pertama TNB Electron berkuasa tinggi di stesen BHPetrol Jalan Genting Klang 1, Kuala Lumpur.
Fasiliti ini, yang mula beroperasi pada Januari 2025, dilengkapi dengan pengecas pantas DC berkapasiti 200kWh dan dua penyambung CCS2, membolehkan dua EV dicas serentak dengan pembahagian kuasa dinamik.
Bagi kadar pengecasan pula, ia ditetapkan pada RM1.50 per kWh.

Selain itu, dua lagi stesen pengecasan berkapasiti 200kWh akan dibina di BHPetrol Karak dan BHPetrol R&R Ladang Bikam (arah utara) pada suku kedua tahun 2025.
Langkah ini bertujuan memperluas akses pengecasan EV di sepanjang lebuh raya utama, memudahkan perjalanan jarak jauh bagi pemilik EV dan mengurangkan kebimbangan mengenai jarak perjalanan.
Menurutnya, pengenalan pengecas berkuasa tinggi 200kWh ini membolehkan EV yang serasi mendapatkan jarak perjalanan signifikan dalam masa lebih singkat.

Dengan kemampuan untuk mengecas pelbagai kenderaan serentak, stesen-stesen ini membantu mengurangkan masa menunggu dan menjadikan perjalanan jarak jauh dengan EV lebih praktikal.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh infrastruktur EV di Malaysia, selaras dengan matlamat negara untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050.
Kerjasama antara sektor awam dan swasta, seperti yang ditunjukkan oleh TNB dan BHPetrol, adalah kunci dalam mempercepatkan penerimaan EV dan menyediakan kemudahan pengecasan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pengguna.
- BACA: LIVERY BAHARU F1 UNTUK PASUKAN BWT ALPINE DIDEDAHKAN. SAHIH RAMAI ORANG PEREMPUAN SUKA WARNA NI
- BACA: NAZA AUTOMANIA CARNIVAL VOL.1 SEDIA PELBAGAI TAWARAN EKSKLUSIF, BERLANGSUNG 21-23 FEBRUARI 2025
- BACA: MICHAEL OWEN JADI PELANGGAN PERTAMA LEAPMOTOR DI UK, TERIMA SUV ELEKTRIK C10
- BACA: BOSCH MOBILITY AFTERMARKET DEDAH LAPAN PRODUK BAHARU UNTUK PASARAN MALAYSIA