Modifikasi

HONDA CIVIC EK9 TYPE-R CONVERT

Ronda punya ronda di Pulau Pinang, kami akhirnya berjumpa dengan Honda Civic putih ini.

SONY DSC

Memang terbaik sebab gaya modifikasinya mengikut selera JDM 100 peratus. Sekali pandang, memang saling tak tumpah macam model original EK9 Type-R, tapi rupa-rupanya convert. Tapi tak apa, sebab convert dia cukup sempurna.

Pemiliknya, Un Chee Wei memang seorang penggemar jentera Honda. Walaupun kos ubah suai Honda di Malaysia dah boleh kata sama mahal macam nak modified Skyline, tapi untuk peminatnya, tak jadi hal.

SONY DSC

Memulakan riwayat sebagai Civic EK3 spesifikasi  Jepun dengan enjin 1,500cc, sedikit demi sedikit Civic ini mula bertukar menjadi model Type-R yang digilai ramai. Enjin ialah satu perkara yang wajib diganti. Sebab tanpa abjad “DOHC VTEC” pada penutup kepala silinder, maka Honda anda tak cukup sifat.

Kalau nak guna enjin VTEC paling champion tapi tak nak bayar cukai jalan mahal, beli sahaja half-cut Civic EK9 Type-R yang datang dengan enjin B16B 1,600cc. Walaupun sesarannya kecik, kuasa kuda maksimanya mak datuk! 180hp tuuu… Dah macam enjin turbo!

SONY DSC

Mungkin sebab itu Un memilih enjin B16B untuk Civic dia. Satu lagi yang best pasal enjin ini, semua aksesori yang datang dengan enjin ini boleh disalin masuk ke kereta tanpa sebarang modifikasi. Enjin B16B ini tak banyak diusik dari segi mekanikal, tapi lebih kepada aksesori jenis bolt-on.

Pertama, penapis udara asal asal ditukar dengan penapis udara jenis pod terbuka HKS yang melekat pada ram pipe gentian karbon. Fuel rail dan pelaras bahan api AEM pula dipasang bagi memberi laluan petrol yang lebih lancar kepada enjin. Ngauman enjin VTEC ini terhasil melalui sistem ekzos lengkap daripada Toda Racing yang bermula dari manifold ekzos, paip tengah dan peredam bunyi jenis saluran terus.

SONY DSC

Satu lagi perkara wajib dengan budak-budak VTEC zaman sekarang ialah wire tuck. Tengok ruang enjin Civic ini, mana ada nampak wayar. Tapi saya pelik sebab penutup kepala silinder diganti dengan penutup B16A berwarna hitam. Agaknya dia fobia dengan warna merah kot? Untuk membantu talaan semula enjin ini, ECU asal diganti dengan sistem ECU boleh program semula daripada Hondata.

Kotak gear Type-R yang lengkap dengan sistem LSD jenis helical ini tak banyak diusik, cuma klac asal diganti dengan klac perlumbaan Ogura Racing.  Untuk bab pengendalian, Un dah ganti semua penyerap hentak asal Civic ini dengan penyerap hentak Ohlins yang boleh dilaras sepenuhnya. Strut bar OEM Civic Type-R dipasang pada bahagian atas strut hadapan bagi mengukuhkan lagi bahagian tersebut.

SONY DSC

Kereta yang boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa kurang 8 saat ini memerlukan sistem brek yang terbaik. Jadi, Un menyalin sistem brek daripada Civic EK9 secara lengkap kepada keretanya.

Umum tahu bahawa brek EK9 menggunakan 5 lug nut, maka Un terpaksalah mencari rim yang baru. Dengan alasan untuk menukar rim yang cukup kukuh, Un mendapatkan satu set rim Spoon SW388 berdiameter 15 inci yang cukup terkenal dengan keringanannya. Rim yang dibuat dari campuran alloy magnesium itu kemudian dibalut dengan tayar Yokohama AD08 bersaiz 195/55/15.

SONY DSC

Macam saya bagitahu awal-awal tadi, Civic ini ialah contoh modifikasi gaya JDM yang sejati. Tidak ada bodykit yang mengarut atau lowered melampau. Tetapi lebih kepada gaya praktikal yang boleh digunakan sehari-hari tanpa menarik terlalu banyak perhatian.

Kereta ini cuma dibekalkan dengan kit panel badan depan EK9 spec tahun 1999, bersama bonet belakang asli EK9 yang datang tanpa wiper belakang. Rim Spoon yang berwarna hitam itu senada dengan warna bonet depan. Manakala cermin sisi diperbuat daripada gentian karbon.

SONY DSC

Tengok ke bahagian dalam, Civic ini menggunakan papan pemuka asli EK9 yang dikacuk dengan meter digital daripada Honda S2000. Tempat duduk pemandu daripada Sparco Prodrive. Stereng EK9 yang patutnya dibekalkan oleh Momo pun dah ditukar dengan stereng sports daripada Spoon.

Walaupun Honda Civic macam ini bukanlah kereta yang paling laju atau mewah di atas jalanraya, namun daya tarikannya terletak pada keseronokan memandu. Fun factor itu mungkin kurang dirasai kalau kita pandu kereta yang segala-galanya dikawal oleh komputer dan elektronik.
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button