Motosikal

BASIKAL ELEKTRIK BULTACO BRINCO

Pengeluar basikal dari Sepanyol, Bultaco memang terkenal dengan produknya yang cukup inovatif. 

Bultaco-Brinco-mekanika (1)

Justeru, demi menghidupkan kembali model basikal Brinco, syarikat tersebut telah memperkenalkan jentera terbaharunya. Diberi nama Bultaco Brinco, basikal itu dilihat mampu memberi kejutan kepada dunia dan membuka satu pasaran yang niche.

Berkonsepkan Moto-Bike, jentera ini membolehkan pelanggan menetapkan tetapan (set-up) basikal Brinco mereka sendiri yang melibatkan kombinasi motor, pedal dan enjin.

Bultaco-Brinco-mekanika (2)

Dengan kuasa tork mencecah 60Nm, jarak pergerakan sejauh 100km dan penukaran sembilan gear , Brinco mampu mencatat kelajuan lebih 60km/j. Berat basikal ini hanya 33kg, terima kasih kepada penggunaan kerangka aluminium yang menyokong dua sistem suspensi yang  sofistikated.

Motor elektriknya diletakkan di bahagian roda belakang. Sementara pek bateri lithium ion dipasang pada kerangka utama. Bateri ini mudah dibuka, boleh ditukar dan dibawa ke mana-mana sahaja. Malah, ia boleh dicaj penuh di rumah dalam masa dua jam.

Bultaco-Brinco-mekanika (4)

Bagi meningkatkan lagi keseronokan ketika menunggangnya, Bultaco Brinco menawarkan tiga mode tunggangan iaitu sport, urban dan eco.

Pelancaran Brinco bakal dimulakan dengan 175 model yang dikenali sebagai “Bultaco is Back Limited Edition”. Boleh dibeli secara online di laman web:  www.bultacobrinco.com penghantaran pertama akan dibuat pada 1 April 2015.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button