Buletin

LORI TANGKI BAWA LPG TERBABAS, CETUS KEBAKARAN BESAR DI LEBUH RAYA DI CHINA

Sebuah lori tangki yang membawa gas petroleum cecair (LPG) terbabas di sebuah lebuh raya Beijing-Harbin, China, membuatkan cecair mudah terbakar itu mengalir ke atas jalan.

Insiden yang berlaku beberapa minggu lalu itu dirakam oleh kamera sebuah kereta. Ketika kebanyakan kereta berhenti dan menyalakan lampu hazard masing-masing, sebuah kereta berwarna biru dilihat cuba untuk melalui jalan yang sudah dipenuhi LPG.

Tindakan itu mencetuskan kebakaran besar yang kemudiannya merebak pantas di sekeliling kereta tersebut dan beberapa ratus meter lebuh raya tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah punca utama yang mencetuskan kebakaran. Mungkin geseran atau haba tayar yang menjadi penyebabnya.

Melihat situasi tegang itu, semua kereta dilihat mula berundur. Manakala pemandu sebuah kereta putih keluar daripada kereta dan mula melarikan diri.

Biarpun api cukup marak dan besar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Malangnya, pemandu tangki mengalami kebakaran 50 peratus badan.

Sementara tujuh orang di dalam kenderaan yang dapat dilihat didalam klip video berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan serius.

Google ads
Back to top button